Utusan Borneo (Sabah)

PBS terima 500 keahlian baharu bagi DUN Kundasang dan Paginatan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

RANAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menerima 500 ahli baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan DUN Paginatan yang mana borang keahlian sudah diserahkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-35 di sini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Bahagian PBS Kundasang Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, kemasukan baharu itu membuktika­n bahawa perjuangan parti itu diterima oleh masyarakat Sabah.

Katanya, PBS sebagai sebuah parti yang mementingk­an semangat muhibah, keamanan, kemajuan, keharmonia­n serta persefaham­an demi memastikan proses integrasi dan perpaduan semua kaum di Malaysia, khususnya Sabah amat mengalu-alukan kemasukan ahli baharu berkenaan.

“Selamat datang kepada semua ahli baharu dan tahniah kerana anda memilih PBS dan sama-sama kita berjuang dalam parti,” katanya.

Sementara itu Joachim turut mengingatk­an para pemimpin parti itu bahawa jawatan yang disandang bukan untuk mencapai kepentinga­n peribadi mereka.

Katanya, jawatan seperti Ahli Jawatankua­sa Induk, Pemuda dan Wanita (IPW) serta Ketua-Ketua Cawangan perlu dipikul dengan penuh tanggungja­wab dan tugas perlu dilaksanak­an dengan penuh dedikasi serta berintegri­ti tanpa mengira faham politik di kawasan masing-masing.

“Saya mengingatk­an semua ahli parti yang menjawat jawatan tertentu untuk menjalanka­n tugas tanpa mengira fahaman politik.

“Kekuatan akar umbi dalam parti amat mempengaru­hi kekuatan parti. Sekiranya semua gagal berbuat demikian, kita semua akan terkesan dan yang rugi adalah kita sendiri,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Ahli PBS merakamkan gambar kenangan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-35 pada Sabtu.
KENANGAN: Ahli PBS merakamkan gambar kenangan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-35 pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia