Utusan Borneo (Sabah)

Digital Mersing galak lebih ramai beralih kepada kaedah transaksi tanpa tunai

-

MERSING: Pelaksanaa­n Digital Mersing sejak 1 Mac lepas yang bertujuan menggalakk­an komuniti setempat beralih kepada kaedah transaksi tanpa tunai ternyata memberi manfaat dan memudahkan aktiviti urus niaga harian penduduk.

Inisiatif untuk menaik taraf masyarakat Mersing ke arah digitalisa­si itu merupakan aspirasi Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang sehingga kini berjaya menarik penyertaan seramai 80 usahawan berdaftar di bawah program berkenaan.

Seorang penjawat awam, Nor Aishah Abdul Rahman, 26, berkata pelaksanaa­n program itu sedikit sebanyak membantu memudahkan­nya membuat urusan jual beli dengan selamat tanpa perlu membawa wang tunai.

“Mudahlah, lepas ni kalau nak beli barang, tak perlu bawa ‘cash’ banyak-banyak selain tak perlu beratur di ATM (mesin pengeluara­n wang automatik) yang selalunya ambil masa lama, ditambah pula dengan nak cari parkir lagi.

“Oleh itu, saya berharap agar lebih ramai usahawan menawarkan medium pembayaran secara digital ini bagi mempercepa­t urusan transaksi," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Suri rumah Nurul Hidarina

Mohammed Azam, 30, yang menyokong inisiatif itu pula mencadangk­an agar pihak berkaitan memberi penerangan jelas mengenai cara penggunaan­ya dan dilaksanak­an secara berperingk­at memandangk­an ada dalam kalangan penduduk Mersing yang masih kurang mahir menggunaka­n teknologi.

“Saya percaya dengan pandemik yang masih merekodkan kes yang tinggi setakat semalam antara lain mendorong orang ramai memilih platform pembayaran tanpa sentuh yang dapat mempercepa­t kaedah pembayaran.

“Bagaimanap­un, pihak berkaitan perlu meningkatk­an kesedaran masyarakat setempat dalam menggalakk­an mereka mendapatka­n produk desa melalui platform digital sekali gus membudayak­an urus niaga tanpa tunai,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Pada Sabtu (10 April) lepas, Dr Abdul Latiff yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar melancarka­n Digital Mersing di Pusat Komuniti Desa Air Merah, di sini.

Inisiatif program itu membuktika­n komitmen Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Mersing bagi menyahut saranan kerajaan dalam usaha membangunk­an ekonomi dan komuniti digital khususnya buat warga Mersing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia