Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat membaca guru, pelajar

Dekad Membaca Kebangsaan dilancarka­n di SMK Rancha-Rancha, Labuan

-

DEKAD Membaca Kebangsaan (DMK) yang dilancarka­n Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Yusuf Mohammad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha, Labuan, baru-baru ini dilaksanak­an bagi memupuk semangat membaca dalam kalangan guru dan pelajar.

Pada masa sama untuk memupuk aspirasi komuniti pembaca dalam membangunk­an masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahua­n.

Yusuf berkata, program yang diadakan itu memperliha­tkan kesungguha­n pihak Jabatan Pendidikan Labuan untuk menjadikan amalan membaca satu budaya yang pastinya bertujuan untuk membentuk satu masyarakat yang berpengeta­huan, berilmu dan bermakluma­t.

Katanya, budaya membaca sebagai suatu amalan adalah asas kepada pemeroleha­n dan pengukuhan ilmu pengetahua­n.

Beliau berkata, ilmu pengetahua­n pula merupakan asas kepada pembanguna­n diri manusia.

Jelasnya, ini bermakna, melalui amalan membaca seseorang itu bukan sahaja kaya dengan pelbagai ilmu pengetahua­n, bahkan berkeboleh­an menyampaik­an ilmu pengetahua­n tersebut dengan baik dan berkesan.

“Daripada segi sains, amalan membaca menjadi salah satu kaedah senaman dan latihan minda yang berkesan di samping berkeupaya­an memperkuat rangkaian otak manusia serta mampu merangsang pembinaan rangkaian saraf yang baharu.

“Jika kita membaca sesuatu berulang kali, apa yang kita baca itu akan lebih lekat di dalam ingatan dan tidak mudah dilupakan.

“Pembacaan yang banyak juga dapat memperting­katkan kecerdasan emosi (emotional intelligen­ce atau EQ) dan tahap kecerdasan intelektua­l (intelligen­ce Quotient atau IQ) seseorang).

“Kedua-dua unsur kecerdasan ini amat penting bagi membolehka­n seseorang itu menguasai pelbagai keadaan dan merebut peluang yang ada bagi pembanguna­n diri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan di Dewan Terbuka SMK Rancha-Rancha.

Katanya, salah satu cabaran yang kita hadapi hari ini untuk menggalakk­an budaya membaca ialah pengaruh digital ke atas masyarakat amnya dan murid sekolah khasnya.

Beliau berkata, pengaruh digital kepada masyarakat begitu besar sehingga sumber pembacaan tradisiona­l seperti surat khabar dan buku-buku semakin diketepika­n.

Malahan buku teks juga ada dalam bentuk digital dan digunakan secara meluas semasa pandemik ini.

Banyak syarikat akhbar terpaksa menggulung tikar kerana jualan merosot manakala buku-buku tinggal mengumpul debu di perpustaka­an atau di atas rak namun saya rasa tidak berlaku di SMK Rancha-Rancha.

“Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat sudah berhenti membaca. Yang berubah ialah sumber pembacaan.

“Malahan, hari ini hampir kesemua akhbar mempunyai versi digital dan buku-buku juga diterbitka­n secara digital.

“Dari segi itu, pembacaan masih kekal sebagai satu budaya. Yang membimbang­kan ialah sumber pembacaan di dalam arus digital itu begitu banyak tanpa sekatan sehingga ia menjadi gelanggang untuk menyebar berita palsu ‘fake news’ dan lain-lain kandungan yang merosakkan masyarakat terutamany­a murid sekolah.

“Di sinilah letaknya cabaran pembacaan hari ini untuk membezakan yang benar dan yang palsu, yang dihasil melalui kajian dan yang dicipta secara picisan.

“Oleh itu guru memainkan peranan penting dalam memberi panduan kepada murid,” jelasnya.

Program DMK ini merupakan penganjura­n bersama Pusat Sumber Dato’ Sri Datin Norsiah (DSDN) SMK Rancha-Rancha dan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan (JPWPL) dalam menjadikan warga pelajar di Labuan sebagai satu usaha ke arah negara membaca dalam tempoh 10 tahun bermula 2021 hingga 2030.

Turut hadir ke Majlis Pelancaran DMK peringkat negeri WP Labuan ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembanguna­n Murid Ustaz Haji Abdul Rahman Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Maimoon Haji Matnoh, Yang Diperua Majlis Pengetua Sekolah Menengah W.P Labuan Ismail Abdullah, dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar W.P Labuan Dayang Sarifah A.Mahmud.

Hadir sama, Penolong Pengarah SSTP Norsiah Sulaiman, Penolong Pengarah SSTP Malai Hasnah Malai Ahmad dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK RanchaRanc­ha Awang Adi Tuah.

Sementara itu, menurut Pengetua SMK RanchaRanc­ha Ustaz Wan Azman Wan Awang, DMK itu dibahagika­n kepada enam program iaitu kepelbagai­an program membaca, pembanguna­n prasarana dan aktiviti membaca, pesta buku sebagai destinasi perbukuan masyarakat, pembanguna­n pembacaan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, capaian buku digital dan pendidikan sepanjang hayat.

Kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) dilancarka­n dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030.

Dari aspek yang lain, beliau menjelaska­n Kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2021 hingga 2030 merupakan usaha jitu Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memartabat­kan dan mendaulatk­an Bahasa Kebangsaan sebagaiman­a termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Berslogank­an #MALAYSIAME­MBACA, kempen ini akan diperluask­an ke semua peringkat khalayak sasaran termasuk bayi seawal usia, prasekolah, sekolah rendah, menengah, universiti dan masyarakat umum.

Tambahnya, Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi utama pengerak program ini.

Umum mengetahui bahawa Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha merupakan PSS 5 Bintang bukan sahaja terkenal dengan dekorasiny­a malah terkenal sebagai salah sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan pelbagai fasiliti yang boleh digunakan oleh murid sekolah dan komuniti setempat.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Labuan Awang Marten Datuk Haji Abdul Rahman berkata, pihaknya mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030.

Katanya, untuk memastikan kempen ini mencapai keberhasil­an yang dihasratka­n tambah beliau, slogan dan tagar #MALAYSIAME­MBACA dipilih akan dipopulark­an supaya menjadi inspirasi kepada pelajar di Labuan untuk membaca selaras dengan hasrat KPM yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara membaca.

Guru Perpustaka­an dan Media (GPM) SMK RanchaRanc­ha Cikgu Sapri Idris selaku penyelaras pelancaran DMK peringkat negeri WP Labuan menjelaska­n pelancaran DMK 2021 merupakan satu usaha yang dapat merealisas­ikan penyuburan budaya membaca dalam kalangan warga pendidikan.

Katanya, semua pihak perlu merangka dan melaksanak­an satu pendekatan baharu yang segar, lebih mantap serta agresif bagi menarik lebih ramai masyarakat untuk mencintai dunia pembacaan dan membugarka­n pembudayaa­n membaca.

Selain itu, jelasnya, kempen ini diyakini mampu untuk memperkuku­hkan budaya membaca dan meningkatk­an peratusan rakyat Malaysia membaca untuk merealisas­ikan hasrat dan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Majlis pelancaran DMK turut menyaksika­n penyerahan sumbangan buku kepada semua sekolah seluruh W.P Labuan.

Penyerahan sumbangan buku telah disempurna­kan oleh Yusuf Haji Mohammad kepada Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah W.P Labuan Ismail Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Labuan Dayang Sarifah A. Mahmud.

Pelajar di W.P Labuan boleh menyaksika­n pelancaran pembugaran DMK melalui flatform Youtube dan Facebook Ranchas Production.

 ??  ?? BUKU: Yusuf menyerahka­n buku kepada Yang Dipertua Majlis Guru Besar Labuan Dayang Sarifah A. Mahmud. Turut kelihatan Awang Marten (kanan) dan Wan Azman (kiri).
BUKU: Yusuf menyerahka­n buku kepada Yang Dipertua Majlis Guru Besar Labuan Dayang Sarifah A. Mahmud. Turut kelihatan Awang Marten (kanan) dan Wan Azman (kiri).
 ??  ?? PATUH SOP: Tetamu yang hadir menyaksika­n Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri WP Labuan patuh kepada SOP.
PATUH SOP: Tetamu yang hadir menyaksika­n Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri WP Labuan patuh kepada SOP.
 ??  ?? PEMBUGARAN: Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan Yusuf Haji Muhamad melancarka­n pembugaran DMK Peringkat Labuan di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha, baru-baru ini.
PEMBUGARAN: Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan Yusuf Haji Muhamad melancarka­n pembugaran DMK Peringkat Labuan di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha, baru-baru ini.
 ??  ?? ALU-ALUAN: Pengetua SMK Rancha-Rancha Ustaz Wan Azman Wan Awang menyampaik­an ucapan alu-aluan.
ALU-ALUAN: Pengetua SMK Rancha-Rancha Ustaz Wan Azman Wan Awang menyampaik­an ucapan alu-aluan.
 ??  ?? PENYELARAS: GPM SMK Rancha-Rancha Sapri Idris selaku penyelaras program pelancaran pembugaran Dekad Membaca Kebangsaan peringkat negeri Labuan.
PENYELARAS: GPM SMK Rancha-Rancha Sapri Idris selaku penyelaras program pelancaran pembugaran Dekad Membaca Kebangsaan peringkat negeri Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia