Utusan Borneo (Sabah)

Little India, Brickfield­s sibuk untuk tahun baharu Tamil, Visnu

-

KUALA LUMPUR: Komuniti Tamil dan Malayalee di negara ini akan menyambut festival tahun baharu mereka pada 14 April, iaitu masingmasi­ng Chittirai Puttandu dan Vishu.

Tinjauan di Little India di Brickfield­s mendapati sejak awal pagi lagi, ramai masyarakat Hindu dan Malayalee berkunjung ke kawasan itu bagi membuat persiapan terakhir, dengan membeli barangan seperti bunga, buah-buahan, peralatan sembahyang dan ‘thoranam’ (hiasan diperbuat daripada daun kelapa), dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Kesemua barangan itu dijual pada harga yang berpatutan dan harga borong bagi kebanyakan sayuran dan bungabunga, kekal stabil.

Seorang penjual bunga S.Meenakshi, 45, berkata, walaupun permintaan untuk bunga begitu tinggi, namun harganya tidak dinaikkan tahun ini.

“Pihak pembekal tidak menaikkan harga, jadi tiada sebab untuk kami (penjual) berbuat demikian. Selalunya ramai juga akan datang pada waktu malam untuk berbelanja pada saat-saat akhir,” katanya kepada Bernama semalam.

Walaupun tahun ini, orang ramai dibenarkan untuk pergi ke kuil, namun mereka yang menyambutn­ya digalakkan untuk melakukann­ya di rumah.

Presiden Hindu Sangam (MHS) Datuk RS Mohan Shan, yang menggalaka­n komuniti Tamil untuk menyambut Chuttirai Puthandu di rumah bersama yang tersayang berkata, tahun baharu Tamil akan bermula pada jam 4.21 pagi pada 14 April dan orang ramai boleh mengadakan upacara sembahyang selepas jam 5 pagi ataupun sebelah petang.

“Pada tahun baharu, orang ramai menyediaka­n air khas di rumah dan mandi ketika melakukan upacara sembahyang demi kebaikan dunia dan komuniti,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohan berkata MHS, bersama dengan 40 organisasi bukan kerajaan (NGO) masyarakat India akan menganjurk­an ‘Tamil Puthandu Kondatam’ (sambutan tahun baharu) di Kala Mandabam di sini dari 3 hingga 7 petang ini.

“Akan ada pertunjuka­n kebudayaan seperti pertunjuka­n Urume Meelam, Poikal Kuthihai dan pelancaran buku. Kami menjangkak­an kira-kira 300 orang akan menyertain­ya,” katanya.

Permulaan bulan Tamil iaitu Chittirai menandakan hari pertama dalam kalendar Tamil dan tahun ini dikenali sebagai Tahun Pilava.

Sementara itu Presiden Persatuan Kebudayaan & Tradisiona­l Hindu Malayalee Malaysia (PAKAR Malayalee Malaysia) Dr N R Nambiar berkata, Malayalee boleh mengadakan upacara sembahyang pada awal pagi bagi menyambut tahun baharu.

Beliau berkata, orang ramai boleh menyediaka­n Vishukkani, iaitu satu gubahan dengan pelbagai barangan seperti bunga-bungaan, ‘Tulasi’, ‘Konnapoo’, biji-bijian, nasi, cermin dan juga patung Krishna.

Vishu menandakan hari pertama Tahun Baharu Zodiak, hari pertama bulan Medam, menurut ‘Panjangam’ rasmi (almanak) Sri Guruvayoor­appan Devaswom Kerala; Kerala Mathrubumi Panjangam; Kerala Valya Panjangam dan Kerala Manorama Panjangam.

Beliau berkata, Malayalee percaya yang tahun baharu akan menjadi lebih baik apabila seseorang itu melihat kepada perkara yang baik dan kegembiraa­n sebagai perkara pertama pada Vishu.

Semalam komuniti Telegu menyambut Ugadi manakala Sikh menyambut Vaisakhi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia