Utusan Borneo (Sabah)

Bekas pegawai eksekutif didakwa tipu pengurus syarikat

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang bekas pegawai eksekutif didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini atas tuduhan menipu pengurus syarikat membabitka­n nilai mencecah RM41,000.

Abas Tuah, 59, yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat pengendali lapangan terbang mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Abas didakwa menipu pengurus syarikat terbabit dengan memperdaya­kan mangsa mempercaya­inya untuk mendapatka­n tapak perniagaan dan memudahkan pembaharua­n kontrak sewaan tapak perniagaan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) bagi syarikat berkenaan.

Tertuduh juga melakukan kesalahan itu masing-masing kali pertama pada September hingga Disember 2010 membabitka­n pembayaran RM7,000 ke dalam akaun simpananny­a diikuti kedua RM11,500 pada Januari sehingga Disember 2011 manakala ketiga RM6,000 pada Januari sehingga Jun 2012.

Bagi pertuduhan keempat, mangsa diperdaya membayar RM3,000 pada Februari 2013 manakala RM13,500 pada Januari 2014 di akaun sama yang mana kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Kampung Air.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkanhukuma­n penjara maksimum setahun, denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh kemudianny­a dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak R M 12,000 dengan deposit RM7,000 dicagarkan seorang penjamin.

Mahkamah mengarahka­n tertuduh melapor diri ke pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah setiap dua bulan dan menyerahka­n pasport kepada mahkamah.

Tertuduh juga dilarang menghampir­i atau mengganggu saksi pendakwaan dan mahkamah menetapkan 24 Mei depan untuk sebutan semula kes.

 ??  ??
 ??  ?? TUDUHAN MENIPU: Tertuduh diiringi peguam memasuki bilik bicara di Mahkamah Khas Rasuah di sini.
TUDUHAN MENIPU: Tertuduh diiringi peguam memasuki bilik bicara di Mahkamah Khas Rasuah di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia