Utusan Borneo (Sabah)

PKPD Kg Meruntum Putatan berkuat kuasa hari ini

- Oleh Siti Aisyah Narudin

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) mula dikuatkuas­akan di Kampung Meruntum Putatan pada 13 hingga 26 April 2021 berikutan peningkata­n kes di lokaliti berkenaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, secara kumulatifn­ya sebanyak lima kes positif COVID-19 direkodkan daripada 71 ujian saringan yang dijalankan.

Menurutnya, terdapat 62 sampel ujian saringan masih menunggu keputusan.

Sehubungan itu katanya, selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementeria­n kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan negeri bersetuju melaksanak­an PKPD di kawasan terbabit.

Beliau berkata, pelaksanaa­n PKPD di lokaliti berkenaan membolehka­n KKM melakukan pengesanan awal kes serta mengelak penularan COVID-19.

“Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 12 April adalah sebanyak 109 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sabah sebanyak 55,906 kes.

“Satu kes kematian direkodkan di daerah Tawau dan kes tertinggi turut direkodkan di daerah Tawau dengan 70 kes positif baharu,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Masidi berkata, sebanyak enam daerah dikategori­kan zon merah, dua daerah zon jingga, 15 daerah zon kuning, dan empat daerah zon hijau.

Katanya, jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh seramai 68 orang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di Sabah seramai 54,624 orang.

Beliau berkata, seramai 794 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 307 orang di hospital dan 487 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

Menurutnya, bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 47 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia