Utusan Borneo (Sabah)

Hamsah tekad kembangkan perusahaan tanaman cili besar

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

Bermula secara kecil-kecilan dengan menanam 60 beg poli cili besar secara fertilizer di halaman rumah lima tahun yang lalu, seorang pengusaha tanaman di Sandakan terus bertekad mengembang­kan usaha ini.

Pada awalnya, usaha itu dimulakan tanpa ilmu asas berkenaan penanaman dan hanya dilaksanak­an melalui bacaan sahaja.

Anak tempatan Sandakan, Hamsah Herman kemudian mengikuti kursus di Semenanjun­g Malaysia untuk menambah ilmu dan seterusnya mengembang­kan usaha sehingga mampu menanam sebanyak 1,000 beg poli cili besar.

Kini, perusahaan­nya di bawah NS Agro Resources mengusahak­an tanaman tersebut secara sepenuh masa di tanah seluas dua ekar di sebuah pusat pengajian tinggi di daerah ini.

Sebanyak 4,000 pokok cili besar ditanam di dalam beg poli yang mana ia dijangka mampu menghasilk­an kirakira empat tan cili besar untuk satu musim penanaman.

Satu beg poli dianggarka­n dapat menghasilk­an dua hingga tiga kilogram cili besar tetapi mengikut keadaan cuaca ataupun serangan serangga perosak.

Cili berkenaan boleh dipetik dalam tempoh masa 64 hari selepas ditanam atau paling sesuai empat hingga enam bulan selepas ditanam.

Manakala penanaman semula akan dilakukan selepas itu iaitu bermula semaian dan seterusnya ditanam sehingga musim cili besar boleh dipetik.

Hamsah berkata demikian ketika ditemui di kebun lada berkenaan di Batu 10, Sandakan, baru-baru ini.

Pihaknya juga bersedia untuk bekerjasam­a dengan pihak institusi pengajian tinggi ini bagi membantu pelajar mempelajar­i teknik tanaman melalui kaedah fertigasi secara praktikal serta memberi tempat untuk pelajar tahun akhir bagi menjalani latihan praktikal di kebun.

Selain Sandakan, antara pasaran cili besar berkenaan termasuk di Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna.

Pihaknya juga membuat pinjaman bank bagi kerjakerja penyediaan di kebun termasuk baja dan lain-lain keperluan untuk memulakan pengembang­an perusahaan ini.

Katanya, kos menyediaka­n kebun itu termasuk baja adalah antara RM60,000 hingga RM70,000.

 ??  ?? USAHA: Hamsah bersama isterinya Norliati Tamrin mengusahak­an tanaman cili besar.
USAHA: Hamsah bersama isterinya Norliati Tamrin mengusahak­an tanaman cili besar.
 ??  ?? LUMAYAN: Hasil cili besar yang dituai dari kebun.
LUMAYAN: Hasil cili besar yang dituai dari kebun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia