Utusan Borneo (Sabah)

Demokrasi sihat dalam parti demi kepentinga­n rakyat

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun menyeru setiap ahli politik dalam Parti DAP untuk mengekalka­n prinsip demokrasi sihat yang berteraska­n nilai murni.

Calvin berkata, prinsip itu perlu diterap dan dikekalkan dalam sesebuah parti agar misi yang ditetapkan berjaya dicapai seiring dengan matlamat bekerja untuk rakyat.

Ulasnya, dalam sesebuah parti tidak sepatutnya ada sifat berebut kuasa dalam mentadbir parti kerana ia sememangny­a tidak baik untuk parti itu.

“Dalam DAP tidak boleh ada dua, tiga atau banyak kuasa. Mesti bersatu dan bekerjasam­a untuk parti dan matlamat utama ialah untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata, berikutan pilihan raya bakal menjelang, apa yang penting adalah kesatuan dan bukannya mewujudkan sifat berebut kuasa semata-mata untuk kepentinga­n diri sendiri.

Selain itu, beliau menyeru agar pemilihan ahli yang akan bertanding pada pilihan raya itu perlulah individu yang sememangny­a mahu bekerja untuk rakyat dan bukan ‘nama semata-mata’.

“Demokrasi yang tidak sihat amatlah tidak baik, sebaiknya sentiasa pupuk demokrasi yang sihat demi kepentinga­n rakyat.

“Jika tiada demokrasi, parti itu boleh kalah kerana tiada persefaham­an selain perebutan kuasa dan agenda lain daripada yang tidak baik untuk rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatk­an sekiranya ingin memujudkan sesebuah cawangan di bawah parti itu sebaiknya membawa agenda yang baik untuk membantu rakyat dan bukan untuk berlawan sesama kawan dalam parti.

Ketika mengulas mengenai pungutan yuran dalam parti, beliau berkata, hasil pungutan yuran ahli dalam setiap cawangan sebaik-baiknya boleh diguna pakai untuk keperluan rakyat jika dikendali dengan jujur dan teliti.

“Sekiranya setiap ahli dalam parti diminta membayar yuran, sudah tentu hasilnya boleh membantu rakyat. Terdapat 79 cawangan dan sekiranya setiap cawangan ada 50 orang yang mana setiap ahli membayar yuran tahunan RM10, pungutan hampir mencecah RM40,000 dan ia sudah tentu mampu membantu rakyat yang memerlukan,” jelasnya.

 ??  ?? CALVIN
CALVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia