Utusan Borneo (Sabah)

MCS peluang penduduk pedalaman terima khidmat kerajaan

-

PITAS: Program Perkhidmat­an Komuniti Bergerak (Mobile Community Services-MCS) Malaysia Prihatin memberi peluang kepada penduduk di pedalaman Sabah menerima perkhidmat­an kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, program itu merupakan perkhidmat­an turun padang agensi kerajaan dalam usaha menjayakan pelaksanaa­n hebahan dasar kerajaan dan membantu melindungi komuniti melalui pendedahan kesedaran vaksinasi kebangsaan.

“Program ini juga berfungsi sebagai platform tadbir urus rakyat bersama pemimpin-pemimpin masyarakat agar tiada rakyat yang tercicir menerima bantuan.

“Selain itu, ia juga bertujuan menyampaik­an informasi mengenai pengurusan kerajaan sepanjang tempoh darurat,” katanya dalam Program Malaysia Prihatin Perkhidmat­an Komuniti Bergerak (MCS) dan Perasmian Kompleks Sukan Mini Pitas, pada Ahad.

Sebanyak lapan agensi terlibat memberikan perkhidmat­an bagi pengisian program antaranya Daftar e-Perolehan, pendaftara­n dan taklimat vaksinasi COVID-19, taklimat dan hebahan dasar kerajaan serta semakan Bantuan Prihatin Rakyat.

Pada majlis itu, Abdul Rahim menyampaik­an bantuan tunai kepada 350 orang penerima yang terjejas akibat COVID-19 dan menyerahka­n sumbangan berbentuk 15 buah mesin desferal untuk pesakit talasemia daerah Kudat.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Harun Durabi, Pegawai Daerah Pitas Bakri Nanun, Timbalan Pegawai Kewangan Persekutan Sabah Siti Norhaini Osli dan Timbalan Penerangan Penerangan Sabah Harun Madasa. — Penerangan

 ??  ?? SUMBANGAN: Abdul Rahim (tengah) menyerahka­n sumbangan mesin desferal untuk pesakit talasemia kepada Presiden Persatuan Talasemia Sabah Francis Mujim (dua dari kiri).
SUMBANGAN: Abdul Rahim (tengah) menyerahka­n sumbangan mesin desferal untuk pesakit talasemia kepada Presiden Persatuan Talasemia Sabah Francis Mujim (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia