Utusan Borneo (Sabah)

Perkhidmat­an PMS kena ‘bubut’

-

PITAS: “Kena bubut bah kami,” kata pegawai dari Seksyen Pendaftara­n Kontraktor, Pembendaha­raan Malaysia Sabah (PMS) Ewayllyene Yap.

Demikian gambaran beliau mengenai sambutan menggalakk­an yang diterima semasa aktiviti kaunter perkhidmat­an ‘Senang Baitu’ Daftar e-Perolehan sempena Program Malaysia Prihatin: Perkhidmat­an Komuniti Bergerak (MCS) di Kompleks Sukan Mini Pitas di sini yang diadakan selama dua hari lepas.

Katanya, ramai yang sanggup mengejar perkhidmat­an mereka terutama dalam urusan pendaftara­n perniagaan PMS.

“Bukan sahaja penduduk dari Pitas malahan ada dari daerah seperti Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud datang ke sini semata-mata ingin mendapatka­n lesen perniagaan dari PMS.

“Keistimewa­an program ini adalah kelulusan sertamerta pendaftara­n lesen PMS hanya untuk dua hari ini sahaja tetapi dengan syarat semua lampiran dokumen mesti lengkap.

“Pada tempoh itu, sebanyak 31 permohonan daripada 41 permohonan telah menerima kelulusan serta-merta.

“Biasanya urusan kelulusan pendaftara­n lesen perniagaan mengambil masa sekurang kurangnya 14 hari tempoh bekerja,” katanya ketika ditemui di ‘booth’ PMS.

Perkara itu sendiri diakui oleh pengusaha dalam perkhidmat­an kebersihan, Haini Osuin, 47, dari Kudat yang sanggup memandu selama dua jam semata-mata untuk mendapatka­n perkhidmat­an PMS dalam program berkenaan.

“Saya mendapat maklumat mengenai program ini daripada Facebook dan ia peluang yang amat baik untuk mendaftar dan terus mendapatka­n lesen perniagaan dengan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin Pangagid, 39, pembekal alat-alat kesihatan berkata, perkhidmat­an seperti ini amat diperlukan buat mereka yang jauh daripada Kota Kinabalu.

“Aktiviti itu sangat membantu kami penduduk yang dari daerah lain kerana kami tidak perlu lagi untuk turun ke Kota Kinabalu bagi urusan berkenaan.

“Bukan sahaja dapat menjimatka­n masa, malah turut menjimatka­n kos,” katanya yang berasal dari Kampung (Kg.) Salipodon Laut, Pitas yang mendapat info program menerusi Facebook.

Pada masa sama, beliau mencadangk­an agar PMS dapat membuka pejabat di daerah ini bagi memudahkan urusan-urusan para penduduk di sekitar daerah ini.

Tidak ketinggala­n, pembekal perkhidmat­an kebersihan, Azie Asnidah Imit, 25, menjelaska­n bahawa program sedemikian memberi manfaat kepada penduduk luar bandar sepertinya.

“Saya menerima sebaran info menerusi kumpulan sembang peribadi mengenai penganjura­n aktiviti-aktiviti dan ini amat berguna untuk mendaftark­an perniagaan saya,” katanya.

Azie antara pemohon yang terpilih untuk menerima Sijil Lesen Perniagaan yang disampaika­n oleh Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri dalam majlis perasmian, di sini, pada Ahad.

Pelaksanaa­n Malaysia Prihatin: Program Perkhidmat­an Komuniti Bergerak ini objektifny­a adalah untuk menyasarka­n kepada penduduk pedalaman Sabah yang kurang dan tiada akses mudah kepada perkhidmat­an kerajaan. — Penerangan

 ??  ?? ISI BORANG: Pembekal Peralatan Kesihatan Azmin Pangagid mengisi borang pendaftara­n secara dalam talian.
ISI BORANG: Pembekal Peralatan Kesihatan Azmin Pangagid mengisi borang pendaftara­n secara dalam talian.
 ??  ?? SIJIL AKUAN: Haini Osuin dari Kudat bergambar dengan Sijil Akuan Pendaftara­n Syarikat.
SIJIL AKUAN: Haini Osuin dari Kudat bergambar dengan Sijil Akuan Pendaftara­n Syarikat.
 ??  ?? EWAYLLYENE YAP
EWAYLLYENE YAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia