Utusan Borneo (Sabah)

Cerapan anak bulan Ramadan 1442H di Balai Cerap Albiruni

-

PUTATAN: Di Sabah, cerapan anak bulan Ramadan bagi tahun 1442H/2021M dilaksanak­an di Balai Cerap Albiruni.

Seusai bacaan doa, gimik pelancaran Majlis Ru’yah Hilal Rasmi Ramadan, Syawal dan Zulhijjah 1442H/2021M disempurna­kan oleh Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Ariffin Mohd Arif pada jam 6 petang, Isnin.

Upacara ru’yah hilal ramadan 1442H bermula pada jam 6.24 petang dan berakhir pada jam 6.38 petang setelah hilal sudah terbenam oleh tujuh ahli jawatankua­sa yang dipengerus­ikan Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu Aziz Jaafar.

Manakala, ahli jawatankua­sa yang lain terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Sabah

Ahmad Din OKK Othman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Saifulzama­n Sangul, Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Wahab Kanak, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah Yaacub Yusoff, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah Norjeli Dais dan Pensyarah Kanan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Madya Dr Saini Ag Damit.

Selesai azan Maghrib, enam ahli jawatankua­sa majlis meneruskan upacara menurunkan tandatanga­n sebelum Bungsu melaporkan keputusan cerapan kepada Penyimpan Mohor Raja-Raja melalui panggilan telefon.

Bungsu turut menyamMUIS paikan keputusan cerapan anak bulan Ramadan kepada Istana Negeri yang diwakili Pegawai Agama Istana Imran Anggun.

Turut hadir pada upacara ini ialah Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Ir Shahelmy Yahya serta wakilwakil ketua jabatan kerajaan. — Penerangan

 ??  ?? GIMIK: Ariffin (dua kanan) menyempurn­akan gimik perasmian ru’yah hilal bagi tahun 1442H/2021M.
GIMIK: Ariffin (dua kanan) menyempurn­akan gimik perasmian ru’yah hilal bagi tahun 1442H/2021M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia