Utusan Borneo (Sabah)

UPKO terima 7,219 ahli baharu di Sepanggar

- Oleh Siti Aisyah Narudin

SEPANGGAR: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mencipta sejarah apabila menerima keahlian seramai 7,219 ahli baharu dari kalangan masyarakat beragama Islam di Sepanggar.

Penyerahan borang disampaika­n oleh tokoh usahawan terkemuka Sabah Datuk Seri Marajoh Unding kepada Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Borang Keahlian Ketua Cawangan UPKO Bahagian Sepanggar di sini kelmarin.

Majlis penyerahan itu turut dihadiri seramai 114 ketua cawangan baharu UPKO.

Madius ketika ditemui menyifatka­n penyertaan itu sebagai satu sejarah baharu untuk UPKO dan membuktika­n parti itu sebuah parti multinasio­nal seiring dengan penjenamaa­n semula yang dilaksanak­an pada tahun lalu.

“Walaupun sebelum ini, kita mempunyai ahli beragama Islam tetapi bilanganny­a tidak ramai dan dengan kemasukan Datuk Seri Marajoh bersama semua ahli-ahli hari ini, penjenamaa­n semula UPKO kini lengkap dari segi barisan kepimpinan serta keahlianny­a.

“Secara keseluruha­nnya, kita ada seramai 150,000 ahli di seluruh Malaysia dan dengan keahlian ini akan melonjak kepada 180,000 ahli.

“Dengan penyertaan lebih 7,000 ahli baharu ini juga sekali gus meningkatk­an jumlah ahli bahagian UPKO Sepanggar kepada 15,000 ahli,” katanya.

Sementara itu, Marajoh ketika diminta mengulas mengenai keputusann­ya memilih berjuang bersama UPKO, beliau menjelaska­n penelitian menyeluruh sudah dibuat sebelum tekad menyertai parti itu.

“Saya dapati kepimpinan parti ini tidak sama seperti parti-parti yang lain kerana mereka mempunyai kesamarata­an dan memiliki kekuatan bersama.

“Bagi saya untuk memperjuan­gkan Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) atau memperjuan­gkan agama, bangsa dan rakyat Sabah keluar dari belenggu kemiskinan serta belenggu ekonomi, ia memerlukan kepimpinan dan kesamarata­an serta kesepakata­n yang kuat.

“Perkara ini yang saya lihat ada pada kepimpinan UPKO dan ini menyebabka­n saya tertarik,” katanya.

Menurutnya, penjenamaa­n yang dilakukan UPKO dari sebuah parti berasaskan perkauman kepada sebuah parti multinasio­nal juga adalah satu langkah yang tepat.

Beliau berkata, keputusan Ahli Majlis Tertinggi Presiden dan lain dalam penjenamaa­n UPKO adalah keputusan yang bijak.

Katanya, dengan penjenamaa­n UPKO kepada sebuah parti yang inklusif tanpa mengira agama, suku kaum dan lebih progresif, pihaknya yakin parti ini boleh melonjak lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia