Utusan Borneo (Sabah)

50 Warong Rider sedia hantar juadah berbuka sepanjang Ramadan

-

Teringin menikmati pelbagai juadah menarik di bazar Ramadan tetapi enggan bersesak ketika membelinya? Jangan gusar kerana 50 penghantar Warong Rider di sini bersedia melakukan penghantar­an sehingga ke hadapan pintu anda bermula Khamis ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings (MICTH) Dr Nazdiana Ab Wahab berkata inisiatif yang dilancarka­n 30 Mac lepas itu mendapat sambutan menggalakk­an dengan lebih 250 penghantar telah mendaftar setakat ini.

Bagaimanap­un katanya, jumlah penghantar akan diaktifkan secara berperingk­at mengikut keperluan dan buat masa ini 50 penghantar diaktifkan untuk menjalanka­n khidmat penghantar­an juadah berbuka dari dua bazar Ramadan iaitu di Masjid Al-Alami MITC dan bazar Ramadan Peringgit.

“Dengan jumlah tersebut, kita berharap ia akan memudahkan pengguna terutama di kawasan Malacca Internatio­nal Trade Centre (MITC) dan sekitar Ayer Keroh mendapatka­n juadah berbuka puasa dalam keadaan selamat tanpa perlu bersesak di bazar Ramadan.

“Lebih utama, caj penghantar­an yang dikenakan adalah sangat minimum berbanding aplikasi penghantar­an lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Nazdiana berkata oleh kerana inisiatif itu baru sahaja dilaksanak­an, pihaknya hanya memfokuska­n beberapa kawasan dahulu dan akan diperluask­an secara berperingk­at dengan mengambil kira permintaan pembeli dan penjual bazar Ramadan.

Walaupun kawasan liputan Warong Rider setakat ini masih terhad, beliau yakin platform penghantar­an itu mampu membantu meningkatk­an hasil jualan peniaga kecil di bazar terpilih dan dalam masa sama memberi peluang pekerjaan dengan gaji lumayan kepada belia di Melaka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata pihaknya kini mengambil langkah proaktif untuk menggalakk­an peniaga menjual secara dalam talian serta meningkatk­an kemahiran menggunaka­n sistem dan aplikasi yang disediakan MICTH.

“Kita juga sedang melatih peniaga menggunaka­n terminal transaksi serta menguasai kemahiran aliran pembayaran dalam talian agar peniaga, penghantar serta pembeli tidak berhadapan sebarang masalah,” katanya.

Untuk itu, pihaknya akan mengadakan pameran bazar Ramadan dalam talian di Masjid Al-Alami MITC dengan pembeli boleh membeli secara dalam talian bermula 15 April ini menerusi laman sesawang bazar.warongku. my. atau muat turun aplikasi Warongku di Apple App Store atau Google Play Store. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia