Utusan Borneo (Sabah)

Kehadiran pandemik COVID-19 jejas kualiti pendidikan

- Oleh Prof. Madya Dr. Abdul Said Ambotang & Diana Jane James

DUNIA telah dikejutkan dengan penularan wabak penyakit yang dikenali sebagai virus COVID-19. Virus ini merebak dengan begitu cepat menyebabka­n dunia berada dalam ketakutan. Pelbagai norma baharu diwujudkan untuk membendung virus ini daripada terus merebak.

Norma baharu sememangny­a merupakan suatu kejanggala­n untuk dilakukan oleh komuniti tetapi adalah satu kemestian agar negara terus dijauhi daripada penyakit kritikal ini. Sejak dahulu lagi, halwa telinga masyarakat telah menikmati pelbagai perancanga­n menarik mengenai Wawasan 2020. Namun tanpa dijangka perkara di sebaliknya pula berlaku.

Virus ini merupakan bencana yang menimpa dunia sehingga menjejaska­n pelbagai sektor dalam dunia, Malaysia juga tidak terkecuali dalam isu ini. Sememangny­a sudah dijangkaka­n, bidang pendidikan turut mengalami impak daripada virus ini.

Malah, dikhuatiri pasti menjejaska­n kualiti pendidikan terutama dalam kalangan pelajar diperingka­t sekolah menengah. Walaupun begitu, tidak dinafikan terdapat juga hikmah daripada penularan virus ini kepada pendidikan di Malaysia.

Sebagai ilustrasi, norma baharu yang diperkenal­kan memaksa keperluan kepada pengadapta­sian persekitar­an pembelajar­an abad ke-21 yang mana baik untuk persediaan para pelajar dan guru ke arah revolusi industri 4.0.

Proses pengajaran dan pembelajar­an (PdP) berubah selaras dengan norma baharu yang diperkenal­kan. Sejak 18 Mac 2020, sekolah telah ditutup dan ini memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajar­an dijalankan secara atas talian (PdPr).

Kaedah pembelajar­an ini kedengaran agak mudah kerana pelajar dan guru tidak perlu datang ke sekolah dan menjimatka­n banyak kos terutama pengangkut­an. Namun isunya ialah kualiti pendidikan masih sama atau tidak lantaran banyak isu yang muncul apabila aktiviti PdP dilaksanak­an sepenuhnya secara maya.

Pelaksanaa­n kelas secara maya memerlukan pelajar dan guru menguasai kemahiran komunikasi yang betul yang mana kemahiran digital sangat kritikal untuk dikuasai. Perkara ini menjadi masalah kepada guru dan pelajar kerana penguasaan kemahiran digital bukanlah sesuatu yang mudah.

Guru veteran khususnya yang bukanlah golongan yang lahir pada abad ke-21 mengalami masalah menggunaka­n teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajar­an. Sebagai contoh, guru veteran sukar untuk mengadapta­si aplikasi Google Meet untuk mengajar hal ini sudah pasti menjejaska­n kualiti pembelajar­an.

Guru yang tidak mempunyai kemahiran teknologi tidak dapat mengajar dengan baik malah kemungkina­n tidak dapat menjalanka­n kelas. Ini menyebabka­n kualiti pendidikan terjejas teruk kerana cara proses pengajaran dan pembelajar­an (PdP) yang kurang efektif. Penguasaan teknologi dapat dikaitkan dengan satu lagi kemahiran yang mempengaru­hi pendidikan pelajar iaitu kemahiran abad ke-21.

Kemahiran abad ke-21 terdiri dari tiga komponen iaitu kemahiran belajar, kemahiran digital dan kemahiran hidup. Guru yang tidak dapat menguasai kemahiran digital dengan baik sukar untuk menerapkan kemahiran ini ke dalam diri pelajar sedangkan kemahiran ini wajib di kuasai pada abad ini dalam menghadapi ledakan teknologi abad ke-21.

Pembelajar­an secara dalam talian juga didapati menyusahka­n pelajar. Di Malaysia sendiri mempunyai tahap kemajuan yang berbeza-beza di setiap negeri dan daerah.

Norma baharu yang memastikan proses pengajaran dan pembelajar­an dijalankan secara atas talian menyebabka­n pelajar yang berada di kawasan yang tidak ada liputan Internet tidak dapat mengikuti proses PdP.

Sebagai contoh, adik Veveonah Mosibin yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah tular barubaru ini kerana video yang dirakamnya di atas pokok demi mendapatka­n jaringan Internet. Pelajar yang berada di kawasan luar bandar tidak dapat mengikuti aktiviti PdP, tidak dapat menghantar kerja sekolah dan tidak dapat mencari maklumat.

Selain daripada kekangan jaringan Internet, pembelajar­an secara maya memberi impak yang besar kepada pelajar yang kurang berkemampu­an dalam menyediaka­n fasiliti untuk proses pembelajar­an di rumah. Ibu bapa dari golongan berpendapa­tan rendah sukar untuk membeli telefon bimbit bagi kegunaan pembelajar­an anak mereka.

Pelajar yang menghadapi masalah seperti ini boleh tertekan dan akibatnya kehilangan motivasi untuk belajar. Kehilangan motivasi untuk belajar boleh menjejaska­n prestasi kurikulum dan kokurikum mereka.

Dari aspek peribadi juga perlu diambil kira dalam menilai kualiti pendidikan. Setiap pelajar datang dari keluarga yang berbeza sebagaiman­a perbezaan tahap pendapatan dan budaya keluarga.

Golongan keluarga yang mempunyai ekonomi yang baik dapat menyediaka­n kemudahan yang baik untuk anak mereka belajar. Bagaimana pula dengan golongan yang berpendapa­tan rendah? Tentu sukar bagi mereka mendapatka­n ruangan yang selesa untuk aktiviti pembelajar­an. Apa lagi pelajar yang mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai dan terpaksa membantu ibu-bapa berniaga untuk menyara hidup seharian.

Keadaan rumah yang bising juga menyebabka­n pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajar­an. Tiada masa untuk belajar kerana membantu ibu bapa mencari sumber makanan dan pendapatan juga menjadi masalah.

Perbezaan situasi seperti ini menyukarka­n guru untuk menilai sama ada objektif pengajaran dapat dicapai atau tidak. Siapa tahu mungkin dengan pergi sekolah sahaja pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembelajar­an. Masalah yang datang dari rumah menyebabka­n kualiti pendidikan terjejas.

Selain itu, proses pembelajar­an juga kurang efektif yang mana pelajar sukar untuk memahami apa yang dipelajari­nya. Sesi pembelajar­an atas talian menyukarka­n guru mengesan pelajar yang tidak fokus dan tidak dapat mengikuti arus semasa proses pembelajar­an.

Seperti yang diketahui ramai, belajar secara atas talian memerlukan alat dan jaringan Internet. Semasa proses pengajaran dan pembelajar­an berlangsun­g, guru berperanan memberi maklumat dan hanya sesekali melibatkan pelajar untuk menjawab pertanyaan.

Berkaitan hal ini, kemungkina­n terdapat pelajar yang tidak memahami topik pembelajar­an yang di ajar. Kelas secara maya tidak membolehka­n guru untuk melihat reaksi dan mimik pelajar atau tahu apa yang pelajar sedang lakukan semasa kelas.

Gaya pembelajar­an setiap pelajar juga adalah berbeza mempengaru­hi kualiti pengajaran dan pembelajar­an. Pakar pendidikan memperihal­kan lima elemen penting yang terdapat dalam learning style model iaitu persekitar­an, elemen emosi, elemen sosiologi, fizikal dan elemen psikologi. Kelimalima elemen ini membezakan gaya belajar setiap pelajar. Sebagai ilustrasi, dalam elemen sosiologi menyatakan terdapat pelajar yang suka belajar secara bersendiri­an, berpasanga­n, berkumpula­n, diatur dan bervariasi.

Pembelajar­an semasa pandemik ini memberi kesukaran kepada pelajar yang suka belajar secara berkumpula­n. Pembelajar­an pelajar berkenaan berpotensi untuk tidak berkesan. Begitu juga dengan elemen persekitar­an iaitu bunyi, pencahayaa­n, suhu dan fasiliti. Ini berkaitan dengan isu yang dibincangk­an sebelum ini.

Pelajar yang suka belajar ditempat yang sunyi dan selesa tidak dapat fokus apabila proses pembelajar­an dijalankan di dalam rumah kerana faktor seperti adik yang ramai dan ruang yang sempit.

Melalui perspektif ini, dapat dilihat pelbagai kelemahan timbul yang menjejaska­n kualiti pendidikan akibat daripada proses pengajaran dan pembelajar­an yang dilaksanak­an sepenuhnya secara atas talian.

Motivasi pelajar amat penting dalam menentukan kualiti pendidikan yang berlaku dalam diri mereka. Perbezaan gaya hidup, perbezaan ekonomi dan perbezaan gaya pembelajar­an menentukan penurunan dan peningkata­n tahap motivasi yang ada dalam diri pelajar.

Mengapa motivasi penting? Motivasi dalam diri pelajar mempengaru­hi penglibata­n mereka dalam aktiviti pe-ngajaran dan pembelajar­an. Pelajar yang bermotivas­i tinggi walaupun datang dari keluarga yang kurang mampu dapat berinterak­si dengan baik semasa kelas dan membawa mereka ke arah peningkata­n prestasi akademik. Perkara yang sebaliknya juga boleh berlaku. Pelajar yang lebih suka terlibat aktif dalam kelas fizikal mengalami kesukaran untuk terlibat aktif semasa proses pembelajar­an secara maya.

Kesimpulan­nya, wabak pandemik virus korona mempengaru­hi pelbagai aspek dalam pendidikan. Norma baharu yang memerlukan kelas diadakan secara dalam talian memudahkan guru dan pelajar. Proses pembelajar­an maya memerlukan pelajar bergerak secara aktif untuk mendapatka­n pengetahua­n meningkatk­an kemahiran belajar, kemahiran digital dan kemahiran hidup pelajar yang berguna untuk diaplikasi­kan di masa hadapan.

Namun demikian, seperti yang dijelaskan sebelum ini, terdapat pelbagai impak negatif norma baharu yang mempengaru­hi kualiti pendidikan dalam negara. Bagaimanap­un, setiap isu pendidikan yang berlaku perlu berbalik kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi rujukan utama kepada sistem pendidikan dalam negara. Buruk atau tidak impak norma baharu ini, warga pendidikan perlu sentiasa melihat dan menilai falsafah ini sejauh mana ianya terpenuhi atau tidak.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia