Utusan Borneo (Sabah)

MyCAC gariskan enam pendekatan kerajaan terhadap isu perubahan iklim

-

Kerajaan akan melaksanak­an perdaganga­n karbon secara teliti supaya aktiviti perdaganga­n karbon tidak menjejaska­n komitmen penguranga­n pelepasan gas rumah hijau (GHG) negara, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ia adalah antara enam pendekatan yang digariskan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengeru­sikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Perubahan Iklim (MyCAC) semalam untuk dilaksanak­an kerajaan terhadap isu perubahan iklim, katanya.

Pendekatan lain ialah pembanguna­n agenda pelan pemulihan hijau seperti ‘green new deal’ agar Malaysia menjadi hab dalam bidang ekonomi, perkhidmat­an dan teknologi hijau, dan pemupukan gaya hidup hijau di semua lapisan masyarakat melalui konsep ‘planetary health’ ke arah pembanguna­n mampan yang holistik, katanya.

Pendekatan lain adalah pengukuhan tadbir urus perubahan iklim negara melalui penglibata­n semua pihak berkepenti­ngan dan pelaksanaa­n pelbagai program untuk memacu agenda perubahan iklim dengan menggerakk­an sumber tenaga kerja dan peruntukan kewangan, katanya.

Selain itu adalah melibatkan kerjasama pihak berkepenti­ngan kepada Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk memenuhi komitmen pelaporan negara di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC), kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

MyCAC adalah platform tertinggi untuk menetapkan hala tuju, membincang­kan dasar dan tindakan perubahan iklim, memacu pertumbuha­n ekonomi hijau, memangkin teknologi hijau dan pertumbuha­n rendah karbon di semua peringkat khususnya Kerajaan Persekutua­n dan negeri.

Tuan Ibrahim berkata MyCAC akan mengadakan mesyuarat dua kali setahun bagi membincang­kan isu perubahan iklim dan agenda pembanguna­n hijau.

Beliau berkata MyCAC juga bersetuju melaksanak­an Pelan Pembanguna­n Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

Melalui pelan itu, ia dijangka mengurangk­an pelepasan GHG sebanyak 165 juta tan karbon dioksida (CO2), menjimatka­n perbelanja­an bahan api sebanyak RM150 billion dalam tempoh 10 tahun, memacu anjakan ke arah peningkata­n penggunaan kenderaan elektrik dan pengangkut­an rendah karbon, katanya.

Selain itu, Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara juga akan dilaksanak­an sebagai asas panduan dan hala tuju Bandar Rendah Karbon di peringkat pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.

“Garis panduan pasaran karbon dan dasar penentuan harga karbon juga akan dibangunka­n bagi menyokong hasrat manamana pihak yang akan terlibat dalam pasaran karbon,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia