Utusan Borneo (Sabah)

409,784 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19

-

Seramai 409,784 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin mereka setakat kelmarin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 609,153 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,018,937.

Menerusi satu infografik yang dikongsika­n di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 80,195 diikuti Sarawak (63,539), Kuala Lumpur (57,152), Johor (56,663) dan Sabah (54,309).

Sementara itu, lima negeri yang melengkapk­an kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 54,820 individu, diikuti Perak (46,592), Sabah (41,948), Kuala Lumpur (34,683) dan Pahang (32,688).

Sementara itu, jumlah pendaftara­n untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah seramai 8,602,156 atau 35.5 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,291,633 pendaftara­n.

Mengikut perancanga­n program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaa­n fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari

hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini membabitka­n 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga dijadualka­n bermula Mei hingga Februari 2022 membabitka­n individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia