Utusan Borneo (Sabah)

27 individu masih dikuaranti­n di Pusat Kuarantin IPG Tawau

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pusat Kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau masih menempatka­n seramai 27 individu yang sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan diminta untuk kuarantin di luar rumah.

Individu terbabit terdiri daripada lima orang warganegar­a Malaysia serta 22 warga asing yang merupakan pesakit dalam siasatan (PUI) dan pesakit dalam pemantauan (PUS).

Penyelia Pusat Kuarantin IPG Tawau Kapten (APM) Hussien Mohd Nor ketika dihubungi berkata, pusat ini terus menerima individu yang dikuaranti­n sejak dibuka pada 21 Mac tahun lalu.

“Terdapat juga individu yang ditempatka­n di sini, mereka yang belum habis tempoh kuarantin dan menunggu pelepasan daripada pihak Pejabat Kesihatan Tawau,” katanya.

Beliau berkata, Pusat Kuarantin IPG Tawau hanya menempatka­n mereka yang dikuaranti­n sahaja dan tidak melibatkan rawatan.

“Semua mereka yang disahkan positif ditempatka­n di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM) kerana di sana mereka akan menerima rawatan daripada doktor.

“Bagaimanap­un, kami di sini juga menerima individu yang sudah sembuh tetapi masih dalam pemantauan disebabkan ada antara mereka kembali positif selepas disahkan sembuh,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 399 orang dikuaranti­n di empat pusat kuarantin manakala 635 orang di kuarantin di rumah masing-masing.

“Seramai 52 petugas ditempatka­n di pusat-pusat kuarantin termasukla­h daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah dan polis,” katanya.

 ??  ?? HUSSIEN
HUSSIEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia