Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti berniaga di bulan Ramadan berjalan seperti biasa

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Di sebalik keputusan kerajaan membatalka­n penganjura­n bazar Ramadan di Sabah bagi mencegah penularan wabak COVID-19, golongan peniaga meneruskan aktiviti menjual pelbagai juadah berbuka puasa seperti biasa.

Tinjauan hari pertama umat Islam berpuasa pada Selasa mendapati, gerai makan dan restoran menjadi tumpuan orang ramai yang mahu membeli makanan berbuka.

Selain itu, beberapa lokasi lapang seperti kawasan letak kereta dan tepi jalan turut menjadi tumpuan peniaga yang mengambil inisiatif untuk membuka gerai.

Tidak kurang juga laman media sosial seperti Facebook dan WhatApps yang menjadi platform semasa bagi peniaga yang berniaga dari rumah untuk mempromosi­kan juadah berbuka.

Bagi Rahim Kajai, keputusan kerajaan negeri membatalka­n penganjura­n bazar tidak bermaksud menutup rezeki golongan peniaga, sebaliknya mereka masih boleh berjualan seperti biasa.

Katanya, restoran dan gerai makan masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dan begitu juga tiada halangan untuk peniaga membuka gerai di kawasan berhampira­n rumah.

“Pada awalnya, kerajaan membenarka­n bazar dibuka tahun ini, tetapi kemudian dibatalkan berikutan peningkata­n kes COVID-19. Golongan peniaga akur tetapi ia tidak bermakna mereka tidak dibenarkan berjualan sepanjang bulan Ramadan ini.

“Hari pertama puasa, saya sempat singgah di lot gerai di Batu 7, dan nampaknya sambutan memberangs­angkan lebih-lebih di gerai yang ada menyediaka­n lauk pauk sedia dimasak dan kuih-muih.

“Peniaga juga terus mempraktik­kan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti menyediaka­n kerusi menunggu dengan penjarakan sosial selain mengimbas suhu badan dan menyediaka­n kod QR MySejahter­a di premis masing-masing,” jelasnya.

 ??  ?? OPERASI: Pematuhan kepada SOP tetap menjadi keutamaan bagi pengusana gerai makan dan restoran.
OPERASI: Pematuhan kepada SOP tetap menjadi keutamaan bagi pengusana gerai makan dan restoran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia