Utusan Borneo (Sabah)

Beri kerjasama sepenuhnya kepada petugas barisan hadapan Beberapa rumah panjang di Saratok dikena sekatan pergerakan, pada Selasa Saratok bertukar status kepada Zon Merah

-

KUCHING: Semua penduduk rumah panjang yang dikenakan pengawasan sekatan pergerakan (lockdown) di Saratok diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas barisan hadapan yang bertugas.

Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju berkata, beberapa rumah panjang di Saratok dikenakan sekatan pergerakan dan pada Selasa Saratok bertukar status kepada Zon Merah COVID19 kerana mencatatka­n 61 kes dalam masa 14 hari.

Beliau berkata, beberapa rumah panjang yang diletakan di bawah pengawasan sekatan pergerakan termasuk Rumah Thomas, Sungai Brangan, Rumah Jonathan, Lichok dan Rumah Junaidi, Disso.

“Saya ingin menegaskan bahawa kita perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

“Buat masa ini kita perlu lebih berjaga-jaga agar mampu mengekang penularan COVID-19 dan perlu mengelakka­n diri daripada keluar sekiranya tiada urusan yang penting.

“Sekiranya dalam keadaan mendesak, sebaiknya hanya ketua keluarga sahaja yang keluar,” katanya menerusi kenyataan kelmarin.

Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, memandangk­an fasa kedua dan ketiga Program Vaksinasi dimulakan pada 19 April ini, penduduk Saratok diharap memberi kerjasama dengan mendaftark­an diri.

Katanya, mereka boleh mendaftark­an diri mendapatka­n vaksin secepat mungkin menerusi aplikasi MySejahter­a atau melalui ketua masyarakat.

Beliau berkata, Program Vaksinasi ini merupakan langkah pertama untuk mencapai imuniti kelompok.

“Walaupun angka kes agak membimbang­kan, namun keadaan buat masa ini adalah terkawal.

“Saya telah diberitahu bahawa pihak KKM sedang bertungkus-lumus menangani perkara ini bagi mengelakka­n penularan lanjut,” ujarnya.

Ali menegaskan, sebagai penduduk Saratok, mereka diajak bersama memainkan peranan dalam memerangi penularan wabak kerana ia bukan perkara mudah kepada pekerja barisan hadapan.

“Saya berharap pandemik COVID-19 ini akan berakhir dengan cepat agar kehidupan dan ekonomi setempat di Saratok dapat kembali seperti sedia kala,” katanya.

Saya ingin menegaskan bahawa kita perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. ” Datuk Ali Biju Ahli Parlimen Saratok

 ??  ?? ALI
ALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia