Utusan Borneo (Sabah)

Lima nelayan warga Vietnam ceroboh perairan Kudat ditahan Maritim Malaysia

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Tindakan degil lima nelayan warga Vietnam menceroboh perairan negara membawa padah selepas ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Kudat semalam.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, tangkapan itu berjaya dibuat susulan rangkaan strategi khas Ops Naga Timur dan Ops Kuda Laut khusus bagi membantera­s serta memerangi isu penceroboh­an bot nelayan asing di perairan Sabah.

“Sebaik mengesan kehadiran kapal mencurigak­an itu, pasukan kita segera menjalanka­n pemeriksaa­n sebelum menahan kapal Vietnam dinaiki lima individu di 17.1 batu nautika dari Pulau Mantanani jam 9.00 pagi semalam.

“Semasa diperiksa lima kru termasuk tekong berumur 17 hingga 40 tahun berada di dalam perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran Pengarah Perikanan.

“Warga asing ini juga ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 serta melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukka­n sebarang bukti pengenalan diri yang sah,” katanya.

Katanya, bot serta nelayan tersebut kemudianny­a diiring masuk ke Jeti Maritim Sepanggar untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, jika didapati bersalah tekong boleh dikenakan denda tidak melebihi RM6 juta manakala kru boleh didenda RM600,000 setiap seorang atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mohd Rosli berkata, salah satu strategi yang dirangka bagi operasi ini adalah dengan mengenal pasti kawasan potensi atau titik panas (hotspot) penceroboh­an bot nelayan asing di perairan Sabah dan Labuan.

“Pulau Mantanani dikenal pasti sebagai salah satu kawasan tumpuan bot-bot nelayan asing terutamany­a dari Vietnam untuk melabuhkan pukat bagi menjarah serta mengaut hasil laut negara secara haram,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sepanjang 2019, pihaknya merekodkan 12 tangkapan bot nelayan Vietnam manakala tiga tangkapan serta dua pengusiran bagi tahun 2020, dan empat tangkapan dalam tahun ini di perairan Labuan, Kudat dan Kota Kinabalu.

“Operasi membantera­s kemasukan bot nelayan asing terutamany­a dari Vietnam akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan Maritim Malaysia kekal komited dan tegas dalam menguatkua­sakan undang-undang bagi memastikan perairan negara terutamany­a di Sabah aman dan selamat untuk semua pengguna.

“Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti maritim untuk terus bekerjasam­a memberikan informasi dan maklumat berkenaan salah laku jenayah atau perkara kecemasan yang berlaku di perairan negara ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan di talian 088-387774 atau melalui talian kecemasan MERS 999,” katanya.

 ??  ?? CEROBOH: Bot nelayan Vietnam yang ditahan selepas menceroboh perairan Sabah di Pulau Mantanani.
CEROBOH: Bot nelayan Vietnam yang ditahan selepas menceroboh perairan Sabah di Pulau Mantanani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia