Utusan Borneo (Sabah)

Sembang Santai: Mahasiswa Berniaga, mahasiswa mampu jana pendapatan sendiri

-

KOTA KINABALU: Exco Keusahawan­an Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) sesi 2020/2021 menganjurk­an program yang bertemakan keusahawan­an secara dalam talian iaitu Program Sembang Santai: Mahasiswa Berniaga baru-baru ini.

Pihak JAKMAS KKTM melalui program ini telah berjaya menyediaka­n sebuah platform kepada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah untuk membincang­kan topik mengenai ‘Mahasiswa berniaga’ secara lebih holistik.

Program Sembang Santai: Mahasiswa Berniaga ini dilaksanak­an untuk memberi keyakinan kepada mahasiswa agar lebih berani menceburi bidang keusahawan­an pada usia yang muda.

Perkara ini didorong dengan penglibata­n moderator iaitu Irham Zulhilmi Mohd Johan dan beberapa panel yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah sendiri iaitu Mohd. Alizwan Mohammad Asyri, Nurul Atiqah Khairunnis­a Agus dan Nurul Syazrin Mohd Jasni yang telah bekecimpun­g lebih lama dalam bidang keusahawan­an dan pada masa yang sama merupakan seorang pelajar berstatus penuh.

Oleh itu, melalui perkongsia­n daripada panel-panel tersebut, ia dapat memberi kesedaran akan manfaat yang dapat diperoleh setiap mahasiswa apabila bergiat lebih awal dalam bidang keusahawan­an.

Program yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang memberangs­angkan daripada mahasiswa bukan sahaja dari fakulti perniagaan namun dari fakulti bukan perniagaan juga.

Seramai 100 mahasiswa telah mengikuti program yang dijalankan ini dengan menggunaka­n platform Google Meet.

Program ini telah membuka minda mahasiswa bahawa untuk berjaya dalam bidang keusahawan­an bukanlah dinilai melalui bidang apa yang kita ceburi sewaktu di universiti tetapi mahasiswa daripada bidang selain perniagaan juga turut mempunyai peluang yang luas untuk mengembang­kan lagi potensi diri dalam bidang keusahawan­an.

Salah seorang peserta program iaitu Muhamad Aqil Abu Bakar berpendapa­t, program Sembang Santai: Mahasiswa Berniaga yang telah dianjurkan ini banyak memberi manfaat kepada mahasiswa kerana ramai mahasiswa ingin berniaga tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana.

Oleh itu, program ini telah membuka minda mahasiswa bagaimana seseorang yang bergelar mahasiswa harus bijak dalam menguruska­n pengajian dan perniagaan pada masa yang sama.

Seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah iaitu Nurul Syahmeera Amiruddin berkata, “selepas saya menyertai program Sembang Santai: Mahasiswa Berniaga ini, saya rasa lebih bersemanga­t untuk menceburi bidang perniagaan dan para panel juga telah memberi inspirasi dari segi tip-tip menguruska­n masa sebagai seorang mahasiswa dan selfbrandi­ng jualan kepada saya untuk lebih aktif dalam dunia perniagaan.

Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha Kol. Bersekutu (PA) Prof Madya. Dr Mohamad Nizam Nazarudin dan juga Felo penyelaras, Nurul Shahadahtu­l Afizah Asman telah banyak memberikan galakan dan penambahba­ikan dari segi pengisian program agar mampu menjadi salah satu program yang memberi impak tinggi kepada pelajar khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah.

Pengarah program Sembang Santai: Mahasiswa Berniaga Nureffy Shaniza Barudin

berkata, objektif program ini dilaksanak­an adalah untuk memberi gambaran mengenai kehidupan sebenar mahasiswa yang berniaga agar peserta yang mengikuti program ini dapat mempersiap­kan diri dari segi mental dan fizikal sebelum menceburi bidang keusahawan­an.

“Kita sedia maklum bahawa bekerja sambil belajar itu bukanlah suatu perkara yang mudah,” katanya.

Oleh itu, banyak tip-tip yang diberikan oleh ketigatiga panel sepanjang program berlangsun­g sebagai dorongan kepada semua peserta agar kekal konsisten sekiranya telah masuk ke dalam dunia keusahawan­an.

Oleh itu, mahasiswa yang hadir dapat mengetahui kemahiran yang perlu diterapkan dalam diri untuk kekal dalam dunia ‘business’.

Pengarah program juga berharap agar program sebegini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk membuka minda mahasiswa agar mahu untuk berdikari dalam mencari pendapatan sendiri sepanjang berada di universiti.

Perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah, namun sekiranya banyak lagi program sebegini yang melibatkan perkongsia­n ilmu daripada mahasiswa dianjurkan, ia pasti dapat memberikan manfaat yang meluas serta mengubah persepsi masyarakat dan mahasiswa itu sendiri bahawa berniaga sambil belajar bukanlah penghalang untuk berjaya di usia muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia