Utusan Borneo (Sabah)

Kes puasa: Polis bongkar aktiviti judi dan ceti haram majikan

-

KLANG: Susulan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa kelmarin telah membawa kepada pembongkar­an aktiviti judi haram dan sindiket ceti haram atau along yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pembongkar­an tersebut dibuat lanjutan daripada penahanan empat individu malam kelmarin yang merupakan pekerja kepada majikan tersebut yang kini direman selama lima ke tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, satu serbuan dibuat pada jam 10 malam di sebuah rumah seorang daripada suspek di Bukit Tinggi di sini dan merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru serta rotan yang digunakan untuk memukul kedua-dua mangsa.

Katanya, senjata api itu adalah di bawah kawalan seorang daripada mangsa dan kepunyaan syarikat kawalan keselamata­n.

“Hasil penangkapa­n tersebut turut membawa kepada penemuan 100kg jongkong emas dan 12,500 not kertas AS$100 dengan nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n berjumlah RM28.25 juta di rumah tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan semalam.

“Siasatan awal mendapati majikan mangsa yang berusia 44 tahun itu terlibat dalam kegiatan along dan judi haram,” katanya sambil menambah majikan terbabit turut ditahan kelmarin di Dang Wangi.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangk­an kecederaan, Seksyen 298 KK kerana menghina Islam dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Selain itu katanya, polis juga akan menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 4(1) Akta pencegahan Pengubahan Wang haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951.

Pada masa yang sama, beliau mengingatk­an orang ramai untuk tidak mengaitkan kes tersebut dengan isu perkauman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPASAN: Arjunaidi (tiga kiri) dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli (empat kiri) menunjukka­n jongkong emas yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan semalam.
— Gambar Bernama RAMPASAN: Arjunaidi (tiga kiri) dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli (empat kiri) menunjukka­n jongkong emas yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia