Utusan Borneo (Sabah)

JPBNS putuskan tiga kawasan diletakkan di bawah PKPD

-

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah memutuskan tiga kawasan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, antaranya di Rumah Bajak, Nanga Semawang di Julau yang dilaksanak­an PKPD bermula 14 April hingga 27 April 2021.

“Memandangk­an terdapat kontak rapat bagi kes positif di daerah Julau, JPBNS memutuskan untuk melaksanak­an PKPD di Rumah Bajak, Nanga Semawang di Julau berkuat kuasa 14 April hingga 27 April 2021.

“Selain itu JPBNS juga memutuskan PKPD dilaksanak­an di Rumah Nanggai Sungai Stok di Sarikei berkuat kuasa 15 April hingga 21 April 2021 memandangk­an terdapat kontak rapat bagi kes positif di daerah itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain dua rumah panjang berkenaan, satu lagi yang dilaksanak­an PKPD kata Uggah, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuching.

“Memandangk­an kes positif di PULAPOL, Kuching semakin meningkat, maka JPBNS memutuskan untuk melaksanak­an PKPD berkuat kuasa 16 April hingga 29 April 2021,” katanya.

Sebelum ini, pada Selasa, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi iaitu 607 dan JPBNS memaklumka­n jumlah harian yang paling tinggi dilaporkan disebabkan terdapat kes dilaporkan di PULAPOL iaitu 61 kes (pada Selasa).

Mengulas lanjut, Uggah berkata JPBNS meluluskan garis panduan (SOP) tambahan bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bahagian Bintulu.

“Berikutan kes yang dikesan di bahagian Bintulu semakin meningkat, JPBNS telah meluluskan garis panduan (SOP) tambahan bagi PKPB Bahagian Bintulu berkuat kuasa 14 April hingga 27 April 2021,” tegasnya.

Beliau pada sidang media itu, turut memaklumka­n penamatan tempoh PKPD di Kampung Binyu Baru di Samarahan, semalam.

Katanya, JPBNS menamatkan PKPD di kampung berkenaan memandangk­an keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.

“Di samping itu juga tiada bukti yang menunjukka­n jangkitan masih menular di kawasan tersebut.

“Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada semua agensi dan penduduk kampung atas kerjasama menjayakan PKPD ini,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia