Utusan Borneo (Sabah)

Salmah, wanita terkandas lebih 30 tahun di Sibu meninggal dunia

-

LABUAN: Seorang wanita yang hidup merempat selepas terkandas lebih 30 tahun di Sibu, Sarawak, meninggal dunia pagi semalam, ekoran penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Salmah Adeh, 67, dibawa ke Labuan untuk bersatu semula dengan satu-satunya anak perempuann­ya setelah kehilangan tempat tinggal di negeri jiran itu dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Amal Kebajikan Insan Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sibu, Lawas dan Labuan.

Wanita warga emas itu menghembus­kan nafas terakhir di rumah anak perempuann­ya, NoredahSam­an,47,diKampung Sungai Bedaun di sini pada jam 4.40 pagi sejurus selepas sahur.

Noredahber­kata,beliaubers­yukur kerana berpeluang menjaga ibunya walaupun hanya untuk tempoh sebulan lebih.

“Ibu dibawa pulang dari Sibu ke Miri dan ke jeti Menumbok pada 26 Februari lalu, beliau kemudian terus dimasukkan ke wad di Hospital Labuan dan hanya dihantar pulang ke rumah pada Sabtu lalu.

“Keadaan kesihatan ibu tidak banyak berubah kerana beliau agak sukar untuk berjalan atau bangun dari tempat tidur... sejak itu, dia terlantar,” katanya kepada Bernama semalam.

Noredah berkata, hasrat ibunya untuk kembali ke pangkuan keluarga akhirnya tercapai dan beliau juga dapat bertemu dengan cucu dan ahli keluargany­a yang lain sebelum meninggal dunia.

“Apa yang menyedihka­n adalah ibu saya mengalami delirium (kecelaruan)…mungkin selepas beliau kembali ke Labuan atau semasa dia berada di hospital. Saya perasan deliriumny­a hanya berhenti dua hari sebelum beliau meninggal dunia,” katanya.

Salmah meninggalk­an Labuan ketika Noredah berusia 15 tahun, untuk mencari pendapatan yang lebih baik di Sarawak tetapi akhirnya hidup merempat di Sibu selepas kehilangan kad pengenalan dan wang tunai akibat diragut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia