Utusan Borneo (Sabah)

Empat kluster baharu direkod pada Khamis

Majlis kenduri punca Kluster Biah Skim di Keningau

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTA KINABALU: Terdapat empat lagi kluster baharu direkodkan pada Khamis di Keningau, Sandakan dan Kota Belud.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jangkitan dipercayai melibatkan majlis sosial di Keningau dan Kota Belud, sebuah sekolah menengah berasrama penuh dan rumah pekerja di Sandakan.

Menurut beliau, kluster berkenaan adalah Kluster Biah Skim di Keningau melibatkan Mukim Ansip di mana kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis kenduri arwah saudara pada 29 Mac 2021 yang dihadiri ahli keluarga dan jiran di Kampung Biah Skim.

Manakala Kluster Melangkap Tomis di Kota Belud melibatkan daerah Tuaran dan daerah Kota Belud, iaitu kes indeks dipercayai mendapat jangkitan silang dalam kalangan 178 tetamu yang menghadiri majlis pertunanga­n di Kampung Melangkap Tomis pada 30 Mac 2021, tambahnya.

Selain itu, Masidi berkata Kluster Lorong Megah Jaya di Sandakan melibatkan rumah pekerja di Bandar Megah Jaya, di mana penularan jangkitan dipercayai berlaku dalam kalangan rakan sekerja yang tinggal di rumah pekerja.

Seterusnya, Kluster Jalan Labuk 3 di Sandakan melibatkan sebuah sekolah menengah berasrama penuh di mana kes indeks merupakan seorang pelajar yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 7 April 2021.

Masidi menjelaska­n, saringan kontak rapat di asrama sekolah terbabit mendapati 10 pelajar positif melalui ujian RTK AG dan PCR, manakala empat kes lagi positif dalam kalangan kontak serumah. Punca jangkitan dan saringan masih giat dijalankan.

Berdasarka­n laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Masidi berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 pada Khamis (15 April 2021) adalah sebanyak 202 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,367 kes.

“Daripada 202 kes positif COVID-19, sebanyak 79 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 26 kes saringan bergejala, 89 kes dari kluster baharu dan sedia ada serta lapan kes dari lain-lain kategori,” jelas beliau.

Tambahnya, satu kes kematian juga direkodkan di daerah Sandakan.

Sehubungan dengan itu, Masidi mengumumka­n bahawa aktiviti perniagaan penjaja perlu dikaji semula.

“Seperti yang dimaklumka­n sebelum ini, kerajaan negeri telah memutuskan untuk tidak membenarka­n aktiviti bazar Ramadan di Sabah pada tahun ini.

“Ini adalah disebabkan kes COVID-19 di Sabah belum stabil dan berlaku kewujudan beberapa lagi kluster baharu.

“Memandangk­an terdapat keperluan mendesak untuk mengawal penularan COVID-19 di Sabah maka semua Pihak Berkuasa Tempatan dikehendak­i mengkaji semula aktiviti pasar malam, pasar am, pasar mingguan, tamu, gerai-gerai dan lainlain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata 85 orang pesakit COVID-19 discaj dari hospital/sembuh 85 menjadikan jumlah kumulatif 54,865 orang.

“Seramai 886 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 286 orang di hospital dan 600 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 49 orang dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya.

Masidi berkata setakat ini daerah Nabawan bertukar dari Zon Kuning ke Zon Jingga dan menjelaska­n pecahan daerah mengikut zon iaitu Zon Merah enam daerah, Zon Jingga tiga daerah, Zon Kuning 14 daerah, Zon Hijau empat daerah.

Masidi juga berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dilaksanak­an di daerah Sandakan berkuat kuasa 17 April sehingga 30 April 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutua­n manakala PKP di daerah Tawau turut dilanjutka­n pada tarikh yang sama Jelasnya lagi, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) kini dilaksanak­an di Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau berkuat kuasa 15 April sehingga 28 April 2021 manakala PKPD di Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatang­an ditamatkan seperti yang dijadualka­n iaitu pada 16 April 2021.

Menurut beliau, kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPP pada Khamis ialah 96.8 peratus.

Mengenai statistik vaksinasi negeri ini, katanya seramai 534 orang telah menerima suntikan vaksin harian Dos 1 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49,978 orang.

Bagi Dos 2 vaksin Pfizer BioNTech, beliau menjelaska­n bahawa seramai 42 orang telah menerima suntikan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 41,829 orang.

Manakala bilangan pendaftara­n penerima vaksin adalah sebanyak 4,964 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar setakat ini sebanyak 414,946 (mysejahter­a 382,788 : laman web 31,922 : talian vaksinasi 236) bersamaan 14.1 peratus.

Beliau turut menyeru agar masyarakat segera daftarkan diri untuk menerima vaksin COVID-19 melalui MySejahter­a.

 ??  ??
 ??  ?? HARIAN: Perkembang­an Harian COVID-19 Negeri Sabah pada 15 April 2021 (Khamis).
HARIAN: Perkembang­an Harian COVID-19 Negeri Sabah pada 15 April 2021 (Khamis).
 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia