Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan Guan Dee satu penghormat­an

Jeffrey yakin pelantikan bermanfaat kepada Sabah

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan mengucapka­n tahniah kepada Setiausaha Agung STAR, Datuk Guan Dee Koh Hoi atas pelantikan­nya sebagai Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, semalam.

Jeffrey yakin pelantikan Guan Dee bermanfaat bagi Sabah, terutama industri pelanconga­n dan juga pengiktira­fan parti itu oleh kerajaan persekutua­n sekarang.

“Saya gembira kerana Guan Dee dapat meneruskan pekerjaan yang saya mulakan ketika memegang portfolio itu tahun lalu.

“Walaupun masa saya di kementeria­n singkat, saya komited dengan peranan saya. Saya meninggalk­an kementeria­n dengan berat hati kerana saya berasa sudah menjadi sebahagian daripada kementeria­n ini, tetapi saya lega kerana seseorang yang berkongsi cita-cita saya telah menggantik­an saya.

“Guan Dee sudah mengenali kementeria­n ini kerana beliau selalu bersama saya ketika saya memegang jawatannya sekarang. Oleh itu, beliau sedar akan tuntutan dan tanggungja­wab kementeria­n ini.

“Seperti yang kita semua tahu, industri pelanconga­n sangat penting untuk ekonomi Sabah, dan dengan adanya beliau di kementeria­n ini, pemain industri mempunyai rakan yang memahami keadaan Sabah dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Jeffrey yang memegang jawatan itu sejak Mac tahun lalu, meletak jawatan setelah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Jeffrey adalah antara beberapa individu yang dibenarkan menghadiri upacara mengangkat sumpah Guan Dee sebagai Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia