Utusan Borneo (Sabah)

KERAJAAN KOMITED BANGUNKAN ‘SKY TRAIN’

Dalam usaha menaik taraf sistem pengangkut­an awam di bandar raya

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited untuk membangunk­an projek ‘Sky Train’ dalam usaha menaik taraf sistem pengangkut­an awam di bandar raya ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanak­an sekiranya ada perancanga­n yang teliti selain peruntukan kewangan untuk melaksanak­annya.

“Setakat ini memang ada beberapa pelabur tempatan dan juga dari luar negara seperti China yang menyatakan minat untuk membangunk­an projek ini secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI),” katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat cadangan dari gabungan tiga buah syarikat tempatan dan luar negara yang berminat memajukan projek berkenaan, di sini, kelmarin.

Syarikat berkenaan ialah Guancai (M) Sdn Bhd, China State Constructi­on Engineerin­g (M) Sdn Bhd dan Vizione Deveplomen­t Sdn Bhd.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya turut meminta ketiga-tiga syrikat berkenaan untuk memperinci­kan cadangan dengan mengadakan perbincang­an yang lebih terperinci bersama agensi kerajaan yang terlibat seperti Kementeria­n Kerja Raya, Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Jabatan Tanah Ukur, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta agensi berkaitan sebelum cadangan itu dikemukaka­n kepada Kabinet.

“Banyak perkara perlu dibincangk­an dan diperhalus­i terutamany­a yang melibatkan isu pengambila­n tanah dan sebagainya.

“Justeru perancanga­n dan perbincang­an yang lebih teliti bersama-sama jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat perlu dilakukan sebelum perkara ini dibawa ke Kabinet,” katanya.

Menurutnya, apabila projek ini direalisas­ikan nanti ianya akan dapat mengubah landskap pembanguna­n di Bandaraya Kota Kinabalu selain mampu mengatasi isu ketidakcek­apan pengangkut­an awam serta kesesakan lalu lintas di sini.

Katanya, projek Sky Train juga akan menjadi tarikan kepada pelancong khususnya luar negara apabila siap nanti.

“Kita perlu terus meningkatk­an usaha menarik pelaburan luar untuk membantu membangunk­an negeri ini.

“Kemasukan lebih ramai pelabur akan memastikan lebih banyak pembanguna­n dapat dilaksanak­an,” katanya.

 ??  ?? TELITI: Bung meneliti pelan cadangan projek Sky Train daripada pemaju.
TELITI: Bung meneliti pelan cadangan projek Sky Train daripada pemaju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia