Utusan Borneo (Sabah)

Status wabak demam denggi di Sabah terkawal

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Perkembang­an status wabak demam denggi di negeri ini kini terkawal meliputi dua lokaliti aktif masing-masing satu di Kota Kinabalu dan Tawau.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi berkata, Kota Kinabalu mencatat dua kes di Bandaran Kg Air, manakala dua kes lagi di Taman Semarah Megah Tawau.

“Setakat ini kita cuma kesan dua lokaliti aktif wabak aktif iaitu di Kota Kinabalu dan Tawau,” katanya, di sini, sambil mengesahka­n tidak ada pertambaha­n kes baharu.

Dr Christina berkata, situasi semasa wabak denggi di negeri ini kekal dengan 531 kes serta menyaksika­n Kota Kinabalu merekodkan angka kes tertinggi sebanyak 173 kes.

Tawau pula dengan 107 kes muncul daerah dengan kes kedua tertinggi, diikuti Semporna (49), Sandakan (36), Lahad Datu (28), Tuaran (19), Penampang (18) dan Kota Belud (15).

Manakala Keningau, Papar dan Putatan mencatatka­n 13 kes, Pitas (sembilan), Beluran (lima) serta empat kes direkod di Kinabatang­an, Kudat, Ranau, Sipitang dan Tambunan.

Tenom dan Tongod pula tiga kes, Kota Marudu, Kuala Penyu dan Kunak dengan dua kes, Nabawan satu kes, sementara Beaufort muncul satu-satunya daerah yang sifar kes denggi.

Situasi semasa wabak kolera di Sabah pula menyaksika­n

26 kes simptomati­k dan dua kes asimptomat­ik direkodkan dengan dua sampel persekitar­an yang didapati positif.

Lahad Datu muncul daerah dengan kes tertinggi iaitu 14 kes, diikuti Kota Kinabalu (10 kes), kemudian Semporna (dua kes) serta satu kes masing-masing di Tuaran dan Putatan.

 ??  ?? DR CHRISTINA
DR CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia