Utusan Borneo (Sabah)

Guan Dee angkat sumpah Timbalan Menteri Persekutua­n

-

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi semalam mengangkat sumpah jawatan Timbalan Menteri Persekutua­n di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Guan Dee yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengangkat sumpah jawatan itu pada Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan dan Sumpah Simpan Rahsia di Singgahsan­a Kecil, Istana Negara di sini.

Turut menyaksika­n istiadat berkenaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Sementara itu, Guan Dee ketika ditemui selepas istiadat tersebut mengesahka­n beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberikan peluang ini kepada parti STAR untuk menyertai Kabinet (pentadbira­n) Persekutua­n,” katanya.

Guan Dee turut melahirkan aspirasi untuk meningkatk­an semula sektor pelanconga­n iaitu antara sektor terkesan akibat COVID-19.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam memaklumka­n pelantikan Guan Dee sebagai Timbalan Menteri Persekutua­n diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau dilantik ke jawatan itu bagi menggantik­an Datuk Seri Dr Jeffry G Kitingan yang telah meletakkan jawatan selepas mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 29 September 2020. — Bernama

 ??  ?? GUAN DEE: Gantikan Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya yang baharu.
GUAN DEE: Gantikan Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya yang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia