Utusan Borneo (Sabah)

Lima lelaki lakukan aktiviti penyeludup­an diberkas PGA

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Lima lelaki yang didapati melakukan aktiviti penyeludup­an keluar masuk barang kawalan dan tanpa cukai berjaya diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam dua siri tangkapan di perairan Pulau Bohayan, di sini kelmarin.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Supt Mohd Yacob Murad berkata tangkapan pertama dilakukan kira-kira jam 5.45 pagi melibatkan tiga lelaki warga asing.

“Sepasukan pegawai dan anggota Kompeni A PGA yang membuat rondaan di kawasan berkenaan mengesan pergerakan sebuah bot dalam keadaan mencuriga dari arah Semporna menuju ke perairan Filipina.

“Suspek yang menyedari kehadiran pasukan keselamata­n bertindak memecut laju bot yang dinaikinya, namun berjaya dipintas dan ditahan untuk disoal siasat,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n awal mendapati terdapat tiga lelaki berumur lingkungan 24 hingga 39 tahun berada di dalam bot tersebut dan didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaa­n lanjut, pasukan keselamata­n telah menemui satu tong gas dan enam gelen berkapasit­i 50 liter berisi minyak petrol bersubsidi dipercayai ingin diseludup keluar ke negara jiran.

“Kesemua minyak petrol, bot bersama enjin sangkut yang dianggarka­n bernilai RM14,595 dirampas untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pasukan yang sama juga berjaya menahan dua lelaki tempatan berumur 17 dan 27 tahun di perkampung­an Pulau Bohayan kira-kira jam 9 pagi.

Katanya, kedua-dua lelaki berkenaan melarikan diri dan meninggalk­an dua bot yang terikat di tiang sebuah rumah, disyaki milik suspek sebaik melihat kehadiran pasukan keselamata­n, namun berjaya diberkas.

“Hasil pemeriksaa­n di dalam salah sebuah bilik rumah tersebut menjumpai satu kotak besar berwarna coklat mengandung­i 14 pak rokok seludup pelbagai jenama disyaki untuk dijual dalam pasaran tempatan.

“Manakala pemeriksaa­n ke atas dua bot milik suspek juga turut menemui 109 gelen 50 liter dan 35 gelen daripadany­a berisi minyak petrol bersubsidi,” katanya.

Mohd Yacob berkata, turut dirampas sejumlah wang kertas negara jiran 136,700 peso, wang tunai RM190, dua bot laju dan tiga enjin bot dianggarka­n bernilai RM232,314.50.

“Kesemua tangkapan dan barang rampasan yang nilai keseluruha­nnya RM246,909.50 daripada dua siri tangkapan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk siasatan lanjut.

“Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967, manakala tiga suspek warga asing itu turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen,”katanya.

 ??  ?? BARANG KAWALAN: Minyak petrol yang cuba diseludup keluar ke negara jiran berjaya dirampas.
BARANG KAWALAN: Minyak petrol yang cuba diseludup keluar ke negara jiran berjaya dirampas.
 ??  ?? SELUDUP: Rokok seludup dari negara jiran yang cuba dijual dalam pasaran tempatan.
SELUDUP: Rokok seludup dari negara jiran yang cuba dijual dalam pasaran tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia