Utusan Borneo (Sabah)

Kedaifan mangsa kebakaran mendapat perhatian pemimpin tempatan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA BELUD: Kedaifan sebuah keluarga di Kampung Bokilong di sini yang tinggal di sebuah rumah ‘berlantaik­an tanah’ tular di media sosial pertengaha­n tahun lalu kini mendiami rumah lebih selesa.

Rumah bina baharu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) itu adalah hasil usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick dan mantan UPPM Kadamaian.

Ewon berharap kerajaan yang ada ketika ini terus prihatin terhadap keperluan rakyat Kadamaian bukan sahaja dari segi rumah PPRT tetapi pembanguna­n lain untuk manfaat rakyat secara keseluruha­nnya.

“Sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk mewakili rakyat Kadamaian, saya akan terus berusaha membantu rakyat kawasan saya dan meneruskan bantuan-bantuan lain seperti sumbangan kelahiran yang kita mulakan pada tahun 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Sekitar bulan Mac 2019, rumah keluarga Endang Tawan di Kg.Bokilong Kota Belud musnah dalam satu kebakaran.

Atas inisiatif ADUN Kadamaian, MPKK, UPPM, Jabatan Kebajikan dan Pusat Khidmat Parlimen pada masa itu, sebuah rumah untuk keluarga itu yang dibina secara bergotong-royong berjaya disiapkan pada Ogos 2019.

Mantan Pemaju Mukim UPPM Kadamaian Mark Lister Faustin berkata, sekitar Jun 2020, tular di media sosial kononnya sebuah keluarga di Kampung Bokilong tinggal di ‘rumah berlantaik­an tanah’ sehingga menjadi isu.

“Kebetulan ianya berada di lokasi mukim jagaan saya ketika itu, maka saya menjalanka­n siasatan dan mendapati keluarga yang dimaksudka­n adalah keluarga yang kami bantu untuk membina rumah secara bergotong-royong pada Ogos 2019.

“Gambar rumah berlantaik­an tanah yang tersebar di media sosial adalah gambar lama sebelum rumah hasil gotong-royong itu dibina. Isu ini dijadikan modal politik pihak tertentu untuk menyerang kerajaan pada masa itu.

“Kami mengambil inisiatif membantu membina rumah sementara secara bergotongr­oyong untuk keluarga itu sementara menunggu kelulusan permohonan rumah bina baharu PPRT yang memerlukan masa untuk diproses.

“Oleh itu, atas keprihatin­an kerajaan pada masa itu dan juga atas syor UPPM dan Datuk Ewon, akhirnya kami berjaya mendapatka­n sebuah rumah PPRT untuk keluarga berkenaan,” katanya.

Beliau bersyukur kerana rumah berkenaan kini sudah boleh didiami oleh keluarga Endang bersama anak-anak, menantu dan cucunya walaupun keadaan rumah belum siap sepenuhnya (belum ada pendawaian elektrik).

Mark berharap kerajaan baharu akan membantu keluarga berkenaan mendapatka­n penyambung­an bekalan elektrik (tiang elektrik) memandangk­an kawasan rumah mereka agak jauh daripada jaringan bekalan elektrik sedia ada dan juga mengambil kira kedaifan keluarga itu.

Buat masa ini, keluarga Endang hanya menggunaka­n lampu solar sebagai sumber cahaya pada waktu malam.

 ??  ?? SEMENTARA: Rumah sementara yang didiami Endang dan ahli keluargany­a.
SEMENTARA: Rumah sementara yang didiami Endang dan ahli keluargany­a.
 ??  ?? MUSNAH: Kediam Endang yang musnah dalam kebakaran.
MUSNAH: Kediam Endang yang musnah dalam kebakaran.
 ??  ?? PRIHATIN: Mark (kiri) dan Juin mewakili Ewon menyampaik­an sumbangan kepada Endang.
PRIHATIN: Mark (kiri) dan Juin mewakili Ewon menyampaik­an sumbangan kepada Endang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia