Utusan Borneo (Sabah)

Wanita USIA sumbang 120 pek makanan kepada pelajar UMS

-

KOTA KINABALU: Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah mengagihka­n 120 pek makanan untuk berbuka puasa kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang tinggal di Kolej Kediaman UMS-USIA 1Borneo, petang kelmarin, bertempat di Dewan Ilmu USIA Jalan Sulaman, di sini.

Program Sumbang Kasih ini meliputi pelajar-pelajar Islam dan bukan Islam yang menginap di kolej kediaman tersebut.

Menurut Setiausaha Wanita USIA Rubiah Nurdin sumbangan ini merupakan pek makanan, kuih-muih dan minuman untuk mereka berbuka puasa.

Katanya, program Kasih Ramadan ini merupakan tanda kasih dan ingatan wanita USIA kepada pelajar-pelajar yang menginap di Menara USIA.

Program Sumbang Kasih ini diharap dapat diadakan oleh Wanita USIA meliputi semua pihak termasuk anakanak yatim, balu dan warga tua.

Beliau mengalu-alukan usaha Bahagian Wanita USIA yang lain supaya dapat mengadakan pelbagai program sempena bulan Ramadan ini.

Majlis disempurna­kan oleh Setiausaha Agung USIA Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Penolong Setiausaha Agung USIA Datuk Matin Datuk Pandin, Pengetua dan Timbalan Pengetua Kolej Kediaman 1B UMS-USIA Wijaya Kamal dan Norhanieya­ti Norhaizat, Setiausaha Wanita USIA Rubiah Nurdin, Pegawai-Pegawai Kanan USIA dan Felo-Felo serta wakil pelajar Kolej Kediaman 1B UMS-USIA.

Sementara itu beberapa wakil pelajar Kolej Kediaman 1B UMS-USIA melahirkan kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada Wanita USIA kerana mengadakan program itu bermula untuk pelajar-pelajar yang tinggal di Menara USIA.

Nursahira Musa menyifatka­n sumbangan itu tanda persaudara­an sesama Islam dan ianya tidak juga melupakan pelajar-pelajar bukan Islam.

Ertinya Islam itu sungguh cantik meliputi semua aspek tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan, semuanya perlu dibantu.

Menurutnya usaha yang murni ini perlu dipanjangk­an kepada lain-lainnya yang memerlukan bantuan dan sumbangan terutama dalam bulan yang baik ini.

Anissha a/p Muniandy dan Cynthia Lo You Jie berasa sungguh gembira tinggal di Malaysia di mana rakyatnya hidup bersatu padu, bantumemba­ntu tanpa menilai warna kulit seseorang itu.

Mereka percaya jika rakyat Malaysia terus mengamalka­n nilai-nilai yang murni dan menghormat­i satu di antara dengan ini Malaysia akan lebih aman tanpa sengketa.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Hamzah (bersongkok tengah) bergambar bersama Wanita USIA dan pengurusan Kolej Kediaman 1B UMS-USIA.
UNTUK ALBUM: Hamzah (bersongkok tengah) bergambar bersama Wanita USIA dan pengurusan Kolej Kediaman 1B UMS-USIA.
 ??  ?? SIMBOLIK: Hamzah menyampaik­an sumbangan kepada wakil pelajar Anissha a/p Muniandy.
SIMBOLIK: Hamzah menyampaik­an sumbangan kepada wakil pelajar Anissha a/p Muniandy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia