Utusan Borneo (Sabah)

Usaha pembanguna­n Pekan Matunggong diperkasak­an

- Oleh Yap Siong Han

KUDAT: Sebuah Jawatankua­sa Teknikal Pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Pekan Matunggong telah diwujudkan dalam usaha memperkasa­kan kemajuan di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Julita Majungki berkata, jawatankua­sa teknikal berkenaan berfungsi untuk membantu Jawatankua­sa Pembanguna­n Bandar Baru Negeri Sabah di bawah Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan

“Pihak Jabatan Perancanga­n Bandar dan Wilayah telah memaklumka­n bahawa pelan terkini serta penambahan keluasan kawasan pekan Matunggong telah tersedia.

“Kawasan pekan yang diwartakan mempunyai keluasan yang mencukupi bagi perancanga­n pembanguna­n kini dan pada masa akan datang. Ia termasukla­h pembinaan bangunan sekolah, hospital balai bomba dan lainlain,” kata Julita dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, sebarang perubahan atau pindaan kepada perancanga­n yang telah disusun perlu melalui Jawatankua­sa Pembanguna­n Bandar Baru yang diurusetia­kan oleh LPPB.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat berkata, sebuah jawatankua­sa teknikal di peringkat Daerah Kecil Matunggong turut diwujudkan bagi membincang­kan hal-hal teknikal serta membantu kelancaran urusan berkaitan.

Menurutnya, buat masa ini Lembaga Bandaran Kudat adalah pihak yang bertanggun­gjawab memegang amanah serta mengawal semua pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Pekan bagi kawasan Matunggong.

“Keluasan tanah pekan Matunggong dalam fasa pertama adalah dibawah gazet milikan LPPB seluas 81 ekar.

“Dalam mesyuarat ini juga, pihak Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO) menyatakan perancanga­n untuk membina sebuah blok baru kedai 10 unit dalam tempoh dua tahun ini,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Julita (tengah)merakamkan gambar kenangan bersama dengan ahli Jawatankua­sa Mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal Pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Pekan Matunggong.
KENANGAN: Julita (tengah)merakamkan gambar kenangan bersama dengan ahli Jawatankua­sa Mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal Pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Pekan Matunggong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia