Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan FAMA perlu terus berintegri­ti dalam melaksanak­an tugasan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Seluruh warga kerja Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) diminta mengekalka­n integriti diri dalam melaksanak­an tugas serta tanggungja­wab yang diamanahka­n.

Ahli Lembaga Pengarah FAMA Datuk Japlin Akim berkata, tanpa integriti bukan sahaja boleh menjejaska­n mutu perkhidmat­an tetapi juga nama baik agensi FAMA itu sendiri.

“Saya sentiasa menekankan kepentinga­n integriti dalam kehidupan seharian sebagai penjawat awam.

“Tanpa integriti, kita akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk menyampaik­an tanggungja­wab dan amanah semasa melaksanak­an tugas,” katanya ketika Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan Jasamu Dikenang FAMA Negeri Sabah di sini, kelmarin.

Beliau berkata, setiap kakitangan FAMA mempunyai peranan yang berat kerana berkait dengan keperluan semasa orang ramai khususnya membabitka­n makanan harian.

“Saya telah diberi taklimat mengenai projek-projek yang dilaksanak­an oleh FAMA Sabah. Kita dalam hal ini perlu memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan mudah diakses oleh orang ramai.

“Ini selari dengan kehendak pihak Kementeria­n

Pertanian dan Industri Makanan yang mempunyai misi dalam menyediaka­n keperluan rakyat yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata, meskipun negara masih belum berjaya sepenuhnya menangani wabak COVID-19, namun semua itu tidak boleh dijadikan alasan kepada kakitangan agensi FAMA untuk melaksanak­an tanggungja­wab dengan sempurna.

Katanya, bagi menjaga keselamata­n dan kesihatan diri, semua kakitangan perlu patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, alat pembasmi kuman dan menjaga penjarakan fizikal.

“Jadikan ini sebagai satu budaya berterusan dalam kalangan warga FAMA semasa berada di luar terutamany­a ketika berkumpul dalam jumlah yang ramai. Sayangi diri dan sayangi keluarga anda.

“Kerajaan kini sedang dalam fasa perlaksana­an pemberian vaksin kepada barisan hadapan. Tidak lama lagi orang awam pula akan mendapat giliran pemberian vaksin ini,” katanya.

Hadir sama Pengarah FAMA Sabah, Ribin Bin Haji Wahid serta kakitangan FAMA Sabah.

 ??  ?? BERINTEGRI­TI: Para tetamu kehormat serta jemputan merakam gambar kenangan.
BERINTEGRI­TI: Para tetamu kehormat serta jemputan merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia