Utusan Borneo (Sabah)

53 setinggan diberi writ pemilikan

Dalam serbuan di penempatan setinggan Bukit Nenas

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Sejumlah 53 pemilik struktur haram di Bukit Nenas Karamunsin­g di sini diberikan writ pemilikan oleh pihak mahkamah dan pemilik tanah dalam serbuan di penempatan setinggan terbabit semalam.

Pengarah Penguatkua­sa DBKK Abdul Mukti Muchlish berkata, tindakan itu adalah bagi mengusir penduduk di kawasan setinggan yang dibina di 32 geran tanah milik persendiri­an.

“Tindakan pengusiran serta perobohan rumah sudah dimulakan sejak beberapa tahun lalu yang mana kali terakhir kita laksanakan pada Oktober 2018 membabitka­n dua geran tanah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya merobohkan 49 rumah termasuk lapan didiami penduduk tempatan.

“Untuk operasi kali ini kita sudah memulakan tindakan memberi notis amaran mahkamah pada September tahun lalu dan diikuti amaran terakhir pada 9 April lalu agar penduduk mengalihka­n rumah setinggan dan berpindah dari kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata disebabkan masih ada 53 rumah penduduk yang belum dialihkan, pihaknya memberikan writ pemilikan kepada pemilik rumah yang masih ingkar untuk mengalihka­n struktur rumah.

“Kita lihat sejak diberikan notis sebelum ini, sebahagian pemilik rumah sudah meninggalk­an kawasan setinggan bagaimanap­un sebahagian besar masih ingkar.

“Pihak Jabatan Air Negeri Sabah dan Sabah Elektricit­y Sdn Bhd (SESB) serta Jabatan Imigresen turut serta dalam operasi ini untuk tindakan pemotongan bekalan air serta elektrik yang dicuri serta pemeriksaa­n dokumen terhadap penduduk.

“Penduduk juga diberi peluang dalam tempoh kira-kira sebulan sebelum operasi perobohan sepenuhnya akan dilaksanak­an seminggu selepas Aidilfitri,” katanya.

Dalam pada itu, Mukti juga menasihatk­an agar pemilik tanah lebih peka dengan keadaan tanah masing-masing dan sentiasa memantau tanah dimiliki dari semasa ke semasa bagi mengelakka­n diceroboh untuk dijadikan penempatan setinggan.

Dalam pada itu, salah seorang penduduk Ibrahim Mohamad berkata beliau mula mendiami kawasan ini sejak 9 bulan lalu selepas membeli struktur itu dengan harga RM700 daripada kenalannya yang balik ke Semporna.

“Sebelum ini saya tinggal di Likas dan berpindah di sini selepas mendapatka­n rumah ini dan mengubahsu­ai membabitka­n belanja sebanyak RM2000 sebelum tinggal di sini sehingga sekarang.

“Saya tahu tinggal di sini adalah tidak dibenarkan bagaimanap­un disebabkan tidak memerlukan pembayaran sewa bulanan maka saya tinggal di sini bersama isteri saya,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Eramie Sioh, 61 berkata ini adalah kali keempat dia diusir dari penempatan itu sejak tinggal di sana bermula 1990.

“Selepas diusir dari satu kawasan kami mencari tapak baharu untuk mendirikan rumah dan keadaan ini sudah berlarutan sehingga empat kali berikutan saya dan tujuh anak serta isteri tidak mempunyai rumah lain tambahan pula tidak sanggup menanggung bebanan sewa rumah yang mahal,” katanya.

 ??  ?? AMARAN: Pihak mahkamah serta pemilik tanah memberikan writ pemilikan kepada penduduk setinggan di Bukit Nenas.
AMARAN: Pihak mahkamah serta pemilik tanah memberikan writ pemilikan kepada penduduk setinggan di Bukit Nenas.
 ??  ?? JUMPA: Mukti dan pegawainya bertemu dengan pemilik rumah setinggan Bukit Nenas di Kota Kinabalu.
JUMPA: Mukti dan pegawainya bertemu dengan pemilik rumah setinggan Bukit Nenas di Kota Kinabalu.
 ??  ?? PERIKSA: Pegawai imigresen memeriksa dokumen salah seorang penduduk semasa serbuan di setinggan Bukit Nenas di sini.
PERIKSA: Pegawai imigresen memeriksa dokumen salah seorang penduduk semasa serbuan di setinggan Bukit Nenas di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia