Utusan Borneo (Sabah)

Ling nasihati rakyat lebih berhati-hati

JPBNS digesa perketatka­n lagi SOP dalam usaha membendung penularan COVID-19

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling menasihati orang awam di negeri ini supaya lebih berhatihat­i susulan peningkata­n mendadak kes COVID-19 sejak beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, beliau menggesa Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk memperketa­tkan lagi SOP dalam usaha untuk mengurangk­an penularan pandemik COVID-19 di samping menurunkan bilangan kes positif di negeri ini.

Beliau yang juga Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berkata demikian semasa menyampaik­an sumbangan pelitup muka dan pensanitas­i tangan kepada para peniaga dan orang awam di sekitar Pasar Ikan Miri baharu yang mula dibuka pada 15 April lalu.

Sumbangan adalah sebagai langkah awal pencegahan penularan pandemik COVID-19 memandangk­an bandar raya Miri pada ketika ini adalah masih dalam Zon Merah dan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya memilih lokasi Pasar Ikan Miri baharu untuk mengagihka­n pelitup muka dan pensanitas­i tangan sebagai langkah awal pencegahan di samping menitik berat risiko mereka untuk mendapatka­n jangkitan adalah agak tinggi di tempat kunjungan orang ramai,” jelas Ling.

Sebanyak 150 keping pelitup separuh muka, 150 botol pensanitas­i tangan dan 150 peket tisu telah diagihkan kepada para peniaga dan pengunjung di sekitar Pasar Ikan Miri.

Ling sekali lagi mengingatk­an penduduk untuk terus menjaga keselamata­n serta kesihatan diri.

“Saya amat berharap orang ramai khususnya di kawasan

Zon Merah agar sentiasa berwaspada serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” tambahnya.

Hadir sama, Ketua Pemuda DAP Sarawak Peter Hee, Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo, dan Pembantu Khas Lawrence Low.

“Saya amat berharap orang ramai khususnya di kawasan Zon Merah agar sentiasa berwaspada serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Senator Alan Ling Ahli Dewan Negara

 ??  ?? SANTUNI PENIAGA: (Dari kiri) Low, Marcus, Ling dan Hee ketika lawatan di Pasar Ikan Miri kelmarin.
SANTUNI PENIAGA: (Dari kiri) Low, Marcus, Ling dan Hee ketika lawatan di Pasar Ikan Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia