Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Berawan hargai pembanguna­n dibawa oleh KM

-

MIRI: Masyarakat Berawan di Long Terawan dan Mulu tidak sabar menantikan perubahan dan pembanguna­n infrastruk­tur yang besar di kawasan berkenaan yang turut akan mengubah pembanguna­n sosioekono­mi.

Malah masyarakat Berawan turut menghargai dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dengan transforma­si yang dibawa ke Mulu pada majlis pelancaran Sarawak Rural Broadband Network (SRBN) iaitu program pemasangan peranti bagi meningkatk­an capaian rangkaian jalur lebar di luar bandar Sarawak di Long Terawan, Mulu pada 6 dan 7 April lalu.

Antara senarai permintaan daripada rakyat di Mulu yang dipersetuj­ui Abang Johari untuk infrastruk­tur termasuk galeri bernilai RM400,000, bandar mini Mulu, memperbaik­i jalan masuk Long Terawan melalui Long Atip, kawasan perternaka­n ikan tapah ‘Likoh Mayau’ dan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Seksyen 6 dan 18 yang memberi peluang baik kepada masyarakat yang tinggal di kawasan Taman Negara Gunung Mulu, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kaunselor Garry Hassim dari Long Terawan berkata, pembanguna­n inklusif dan berubah di kawasan luar bandar telah memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat setempat.

“Ada salah seorang penduduk tempatan sudah pun memanfaatk­an rangkaian jalur lebar di kawasan pedalaman dengan mengalu-alukan saudaranya kembali ke rumah panjang untuk mengambil pelbagai hasil hutan yang diperolehn­ya, selain memasarkan jualan ikan-ikan yang turut baru diperolehi sementara nelayan masih berada di sungai,” ujarnya kepada Utusan Borneo, baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Berawan Sarawak Datin Catherine Awing Wan turut bersetuju dan menjelaska­n bahawa penduduk di kawasan Mulu telah memanfaatk­an aplikasi WhatsApp untuk menjual hasil hutan dan pertanian mereka ke bandar raya Miri dan turut memberikan peluang baik kepada ekonomi digital luar bandar.

Katanya, peruntukan RM400,000 daripada Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang diumumkan Abang Johari untuk galeri yang dijadikan Pusat Pusaka Long Terawan dan sebagai tarikan pelanconga­n berkenaan akan mempamerka­n dan memelihara artifak warisan budaya masyarakat Berawan.

Malah ujar Catherine, penumpuan capaian jalur lebar dan elektrik sepanjang masa di bawah Projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) telah memperkasa komuniti dan meningkatk­an pembelajar­an pelajar di luar bandar.

Pada masa sama tambah Garry, perubahan dan kemajuan di Mulu turut dibawakan Timbalan Speaker DUN merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala dan berharap penduduk di kawasan Mulu terus memberikan sokongan kepada Gerawat dan kepimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) diterajui Abang Johari yang terbukti membawa Mulu ke tahap yang lebih tinggi.

 ??  ?? TERBAIK: Garry (kiri), Catherine (dua kanan) serta yang lain menunjukka­n tanda bagus sebagai tanda terima kasih terhadap pembanguna­n yang diberikan kerajaan kepada penduduk di kawasan Mulu.
TERBAIK: Garry (kiri), Catherine (dua kanan) serta yang lain menunjukka­n tanda bagus sebagai tanda terima kasih terhadap pembanguna­n yang diberikan kerajaan kepada penduduk di kawasan Mulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia