Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Pesara Polis Limbang akan terus berkhidmat kepada masyarakat

-

Meskipun sudah bersara dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Pesara Polis Cawangan Limbang akan terus berkhidmat kepada masyarakat di sini.

Pengerusin­ya Roslan Kimin berkata, walaupun tidak lagi berada dalam pasukan polis namun ia bukan halangan untuk mereka terus berbakti.

“Semangat dan rasa bertanggun­gjawab untuk terus berkhidmat kepada masyarakat masih dalam hati kami walaupun bersara dalam pasukan polis,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan komputer dan mesin fotokopi oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Limbang di sini semalam.

Simbolik penyerahan itu disempurna­kan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Limbang, Ali Omar.

Roslan memberitah­u Persatuan Pesara Polis Cawangan Limbang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan di samping mengeratka­n hubungan kalangan bekas anggota.

Katanya, bagi Bahagian Limbang persatuan itu baru sahaja ditubuhkan pada 2019.

“Alhamdulil­lah... dalam masa singkat kita sudah mempunyai lebih 50 orang ahli,” jelasnya.

Menurutnya, persatuan ini adalah landasan anggota terus bersama walaupun masing-masing dengan hala tuju hidup yang berbeza.

“Objektif penubuhan tidak lain adalah untuk menjaga kebajikan anggota di samping mengeratka­n silaturahi­m kalangan pesara polis,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan ahli persatuan itu bukan sahaja PDRM malah Polis Gerakan Am (PGA).

“Pelbagai aktiviti serta program kami laksanakan dan sambutan amat memberangs­angkan setakat ini,” jelasnya.

Katanya, setakat ini persatuan itu menggunaka­n sebuah bilik di Pejabat Polis Bahagian untuk beroperasi.

Namun, perancanga­n jangka panjang adalah untuk mendapatka­n sebuah bangunan bagi kegunaan mereka.

“Harapan kami masa akan datang untuk memiliki bangunan persatuan sendiri,” katanya.

 ??  ?? TERUS BERBAKTI: Ali (kiri) menyampaik­an sumbangan komputer dan mesin fotokopi kepada Roslan (tiga kiri) disaksikan yang lain.
TERUS BERBAKTI: Ali (kiri) menyampaik­an sumbangan komputer dan mesin fotokopi kepada Roslan (tiga kiri) disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia