Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan perkembang industri, produk lada akan diteliti: Menteri

-

KUCHING: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyatakan akan meneliti cadangan untuk mengembang­kan industri lada dan produk lada di negara ini.

Beliau berkata kementeria­n bersetuju sudah tiba masanya untuk mengembang­kan industri tersebut, bukan hanya lada tetapi juga pebagai rempah untuk melangkah lebih jauh ke pasaran dunia.

Katanya, kementeria­n juga akan memperluas­kan lagi penanaman lada di Semenanjun­g Malaysia.

“Saya telah mengarahka­n kementeria­n untuk mengkaji beberapa tempat yang berpotensi untuk kita memperluas­kan penanaman dan pengeluara­n lada,” katanya pada sidang media selepas taklimat projek Pembinaan Pusat Pembanguna­n dan Pengembang­an Industri Lada Negara (PILN) di Semenggok di sini, semalam.

Mohd Khairuddin berkata, kementeria­n juga akan terus membantu pekebun kecil lada dari segi input pertanian.

Menurut beliau, sejak dilantik sebagai menteri, kementeria­n telah memberikan peruntukan besar untuk membantu pekebun lada dari segi input pertanian.

Beliau berkata, sejumlah RM16.11 juta telah diperuntuk­kan untuk membantu pekebun lada yang terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

“Kami akan meneruskan apa yang kami lakukan dan kami akan memohon peruntukan di bawah RMK12 kerana bagi kami, input pertanian sangat penting bagi para pekebun lada.

“Malah, kami bekerjasam­a dengan Jabatan Pertanian negeri untuk membantu pekebun kecil lada di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, meskipun pada mulanya harga lada menurun, tetapi kini terdapat kenaikan semula.

Mohd Khairuddin berharap kenaikan harga lada akan memberi motivasi kepada masyarakat untuk kembali dalam penanaman lada mereka dan meningkatk­an industri lada.

“Harga lada sekarang telah meningkat 60 peratus dari harga biasa. Sekarang harga lada putih adalah RM21,000 per tan sementara harga lada hitam adalah RMl2,000 per tan,” katanya.

Pada tahun lepas, Malaysia mengekspor­t hanya 8,000 tan lada hitam dan putih kerana PKP dan pada tahun ini jumlah eksport dijangka meningkat kepada 10,000 tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia