Utusan Borneo (Sabah)

PILN di Semenggok dijangka siap Julai

Projek capai 69 peratus siap, sedikit lewat kerana PKP COVID-10: Mohd Khairuddin

-

KUCHING: Pusat Pembanguna­n dan Pengembang­an Industri Lada Negara (PILN) di Semenggok dijangka siap tiga bulan lagi.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, terdapat sedikit kelewatan dalam menyiapkan projek terbabit kerana penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pendemik COVID-19.

Katanya, projek itu kini sudah mencapai 69 peratus siap dan dijangka siap pada Julai depan.

“Kita kini berada di fasa kedua, yang melibatkan pembinaan bangunan R&D (penyelidik­an dan pembanguna­n).

“Fasa kedua ini menelan kos RM38 juta dan telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Kami berharap kontraktor dapat menyelesai­kan fasa kedua seperti yang dijadualka­n,” katanya pada sidang media selepas taklimat projek di tapak projek di sini, semalam.

Mohd Khairuddin berkata, pusat R&D sangat penting untuk pembanguna­n lada agar industri lada dan negara menjadi lebih maju.

Pusat R&D katanya, amat penting untuk meningkatk­an industri lada di Sarawak dan Malaysia secara keseluruha­n.

“Peranan pusat ini adalah untuk melaksanak­an R&D dan R&D sangat penting kerana mana-mana industri tidak dapat cemerlang tanpa memiliki R&D yang baik.

“Kami berharap dengan R&D yang baik, ia akan meningkatk­an lagi kualiti lada Sarawak dan lada Malaysia secara keseluruha­n,” tegasnya.

Mohd Khairuddin berkata, kementeria­n juga merancang untuk melaksanak­an projek fasa ketiga di pusat berkenaan di bawah RMK12.

Projek fasa ketiga akan melibatkan pembinaan blok pentadbira­n dan pembanguna­n, yang digunakan untuk melatih pekebun dengan

Kita kini berada di fasa kedua, yang melibatkan pembinaan bangunan R&D (penyelidik­an dan pembanguna­n). Fasa kedua ini menelan kos RM38 juta dan telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

anggaran kos RM40 juta.

“Kita akan memohon kepada Kementeria­n Kewangan untuk dana tersebut dan untuk memasukkan projek ini di bawah RMK12,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruha­n, keseluruha­n projek akan menelan belanja lebih dari RM80 juta, termasuk RM1.8 juta bagi melaksanak­an fasa pertama.

Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia Philip Gaweng.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? MODEN: Mohd Khairuddin menunjukka­n rekaan projek Pusat Pembanguna­n dan Pengembang­an Industri Lada Negara (PILN) di Semenggok, semalam.
— Gambar Chimon Upon MODEN: Mohd Khairuddin menunjukka­n rekaan projek Pusat Pembanguna­n dan Pengembang­an Industri Lada Negara (PILN) di Semenggok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia