Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Tiga kluster ditamatkan semalam

-

KUCHING: Tiga kluster jangkitan COVID-19 iaitu Kluster Melor di Pusa, Kluster Jalan Main Bazaar di Sri Aman dan Kluster Kiba di Sibu ditamatkan semalam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata penamatan ketiga-tiga kluster ini dibuat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas.

“Jumlah kluster yang masih aktif adalah 46 kluster dengan 11 kluster merekodkan 449 penambahan kes baharu, manakala 35 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya pada sidang media semalam.

Kluster yang merekodkan penambahan kes semalam ialah Kluster Jalan Sanyan, Sibu (1), Kluster Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu (4), Kluster Tembok Sri Aman (2), Kluster Jalan Maju, Sibu (2), Kluster Jalan Kapitan, Marudi (4), Kluster Jalan Bambangan, Mukah (99) dan Kluster Abak Bon, Subis (3).

Turut merekodkan penambahan kes Kluster Jalan Puncak Borneo Kuching (320), Kluster Jepak Bintulu (8) dan Kluster Jalan Sultan Iskandar, Bintulu (1).

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut memaklumka­n tiga daerah iaitu Bau, Belaga dan Selangau bertukar status daripada Kuning kepada Jingga setelah merekodkan lebih daripada 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini katanya menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga meningkat kepada lapan daerah iaitu Belaga, Bau, Selangau, Bukit Mabong, Sebauh, Kanowit, Sri Aman dan Marudi.

Manakala daerah berstatus Kuning menurun kepada 13 daerah iaitu Kabong, Dalat, Daro, Asajaya, Lawas, Betong, Lubok Antu, Tatau, Tanjung Manis, Song, Pakan, Tebedu dan Limbang.

“Daerah berstatus Merah kekal 15 daerah iaitu Saratok, Subis, Matu, Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

“Manakala empat daerah iaitu Telang Usan, Lundu, Pusa dan Simunjan kekal berstatus Hijau,” kata Uggah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia