Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mengaku tidak bersalah pukul anggota JPJ, rosakkan kenderaan

-

KUCHING: Seorang lelaki bekerja sendiri mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencederak­an seorang anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan merosakkan kenderaan milik jabatan tersebut.

Pengakuan itu dibuat oleh tertuduh, Khairul Abidin Abdul Karim, 33, sejurus dua pertuduhan di bawah Seksyen berasingan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Majistret Zaiton Anuar seterusnya menetapkan kes disebut semula 31 Mei depan dan membenarka­n tertuduh bebas dengan ikat jamin RM2,000 berserta seorang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan kepada penjawat awam iaitu seorang anggota JPJ, Mohammad Haffizey Solhan, 37, semasa beliau menjalanka­n tugas.

Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan pula, tertuduh didakwa melakukan khianat terhadap harta benda milik JPJ dengan menendang kenderaan milik jabatan tersebut, sehingga ia mengalami kerugian RM300.

Kedua-dua perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh pada 12 April lalu, jam 10.15 pagi bertempat di bulatan Sri Aman Jalan Padungan, di sini.

Berdasarka­n keterangan kes, mangsa bersama lima anggota JPJ lain sedang membuat rondaan di kawasan Padungan sebelum mereka ternampak sebuah motosikal diletakkan di tengah jalan yang menghalang lalu lintas kenderaan.

Mangsa kemudian mengarahka­n tertuduh untuk mengalihka­n motosikal tersebut ke tepi jalan, namun tertuduh mengamuk dan menendang motosikal tersebut sehingga ia tumbang.

Tertuduh juga memaki hamun dan mengarahka­n mangsa untuk mengangkat semula motosikal tersebut, sebelum menendang kenderaan pasukan JPJ di bahagian hadapan sebelah kiri.

Tertuduh seterusnya menghayunk­an topi keledar miliknya sehingga terkena kepala mangsa, di bahagian kiri.

Akibatnya, mangsa mengalami bengkak dan sakit di bahagian kepala.

Oleh itu, mangsa bertindak menahan tertuduh dan menghubung­i pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh berasal dari Kampung Bintawa Hilir itu tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia