Utusan Borneo (Sabah)

PKPD di PULAPOL, 295 lagi pelatih positif COVID-19

-

KUCHING: Seramai 295 orang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching dikesan positif COVID19, kata Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Menurutnya, jumlah keseluruha­n pelatih yang dijangkiti wabak berkenaan setakat 16 April adalah 415 orang.

Justeru, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dikuatkuas­akan di Pulapol Kuching mulai kelmarin hingga 29 April, katanya ketika kunjungan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke Bilik Operasi PKPD di sini.

PKPD dikuatkuas­akan di

PULAPOL Kuching ekoran peningkata­n jumlah dijangkiti dan bimbang ia akan merebak ke luar.

Aidi berkata lagi, 20 tenaga pengajar dan ahli keluarga mereka juga didapati positif virus tersebut.

“Saya berharap dengan penguatkua­saan PKPD ini, kita dapat mengekang penyebaran wabak tersebut dan sekali gus menurunkan angka,” ujarnya.

Pada 13 April, sekumpulan 61 orang pelatih dikesan positif COVID-19.

Kes indeks adalah seorang pelatih yang menjalani ujian calitan di Klinik Kesihatan Kota Sentosa pada 9 April dan kemudianny­a didapati positif pada 12 April.

Pelatih dari Perlis itu tiba untuk menjalani latihan pada 22 November 2020.

Sementara itu, semua pelatih yang dijangkiti, kini dirawat di pusat berkenaan.

Jabatan Kesihatan telah menubuhkan klinik kesihatan 24 jam dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di dalam PULAPOL Kuching.

Ia juga telah menjalanka­n operasi pengesanan kes aktif (ACD) di sana dari 12 hingga 14 April yang melibatkan 633 orang.

ACD kedua dari 17 hingga 19 April dijangka melibatkan sekitar 2,000 yang lain.

 ??  ?? BINCANG: Uggah, Sim dan Aidi di Bilik Operasi PKPD kelmarin.
BINCANG: Uggah, Sim dan Aidi di Bilik Operasi PKPD kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia