Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mengaku salah guna dadah dipenjara lima tahun

-

SIBU: Seorang lelaki berusia 31 tahun dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan sekali sebatan oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas penyalahgu­naan dadah di sini, semalam.

William Tiong Ing Hing didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1) (b) akta yang sama.

Bahagian ini memperuntu­kkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum tujuh tahun penjara dan juga dihukum sebat tidak lebih dari tiga kali sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar juga memerintah­kan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis setelah dibebaskan dan diarahkan melapor diri di balai polis terdekat tiga bulan sekali (setiap minggu pertama).

Mengikut pertuduhan, pada 25 Januari lalu sekitar jam 6.45 petang di Balai Polis Sentral Sibu, sampel air kencingnya didapati mempunyai positif dadah berbahaya iaitu Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, Muhammad Isshamill Sim yang berusia 28 tahun dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan didenda RM10,000 jika gagal membayar akan dipenjarak­an empat bulan setelah dia mengaku bersalah menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol.

Mahkamah juga memerintah­kan agar lesen memandunya digantung selama dua tahun.

Tertuduh bagaimanap­un tidak membayar denda tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Seksyen ini membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM30,000 dan hilang kelayakan memegang atau mendapatka­n lesen memandu untuk tempoh tidak kurang dari dua tahun.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Isshamil menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol pada 10 April lalu sekitar jam 8.30 malam di Jalan Wawasan.

Dia didapati menunggang motosikal dengan kandungan alkoholnya 140mg/100ml dalam darahnya. Had kandungan alkohol yang dibenarkan dalam badan ialah 50mg/100ml.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Aaron Sim Swee Fook, 22, dan Hillary Achoi, 31, masing-masing didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sim dan Hillary masingmasi­ng dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan masing-masing juga didenda RM10,000 jika gagal membayarny­a akan dipenjarak­an empat bulan dan lima bulan penjara.

Kedua-dua lesen memandu mereka juga digantung selama dua tahun.

Mengikut pertuduhan, pada 10 April lalu sekitar jam 8.30 malam di Sungai Bidut, Sim didapati menunggang motosikal dengan kandungan alkohol 110mg/100ml.

Manakala Hillary didapati menunggang motosikal dengan kadar alkohol 207mg/ 100ml pada 9 April lalu sekitar jam 8.53 malam di Jalan Channel.

Kedua-dua tertuduh juga tidak membayar denda tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia