Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan kekal PKPB di Sarawak disambut baik

Ia bagi membolehka­n sektor ekonomi terus dibuka, peniaga kecil dapat mengharung­i tempoh sukar ini

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Keputusan kerajaan Sarawak untuk kekal melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini mendapat reaksi positif masyarakat.

Menurut seorang pengusaha restoran, Muhammad Khairil Anwar, 33, beliau menyokong keputusan kerajaan Sarawak menerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk mengekalka­n pelaksanaa­n PKPB dari 13 April hingga 26 April ini.

Jelasnya, keputusan itu membolehka­n sektor ekonomi terutamany­a pengusaha restoran termasuk peniagapen­iaga kecil lain meneruskan perniagaan mereka dalam tempoh sukar ini.

“Saya menyokong keputusan JPBNS untuk kekal dengan pelaksanaa­n PKPB supaya aktiviti ekonomi dapat dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

Tambah Khairil, jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan ia akan menjejaska­n lagi kehidupan rakyat.

“Sebaliknya, jika PKP dikuatkuas­akan maka akan menjejaska­n lagi pendapatan rakyat terutamany­a pekerja sektor perkilanga­n, peruncitan dan peniaga gerai makanan yang mana rataratany­a bergantung satu sumber pendapatan sahaja,” tegasnya.

Katanya lagi, bahkan impak pelaksanaa­n PKP akan menyebabka­n rakyat tidak mampu untuk membuat pembayaran pinjaman perbankan mereka mengakibat­kan ada di antara mereka diisytihar muflis akibat kehilangan sumber pendapatan.

Sementara itu, Mohamad Ridduan Wahab yang pernah kehilangan kerja sewaktu pelaksanaa­n PKP tahun lalu berkata, keputusan untuk mengekalka­n PKPB memberi kesan baik dan buruk.

Jelasnya, jika dilihat keadaan penularan COVID-19 yang semakin membimbang­kan di negeri ini, selain kadangkala merekodkan jumlah kes positif harian tertinggi di Malaysia, pelaksanaa­n PKP dilihat adalah jalan penyelesai­an bagi mengekang wabak itu daripada terus menular.

“PKP perlu untuk putuskan rantaian COVID-19 ini daripada terus menular,” katanya.

Namun, beliau memberitah­u, pelaksanaa­n PKP ini akan menjejaska­n sektor ekonomi terutamany­a golongan peniaga kecil.

“Saya pernah hilang pekerjaan sewaktu PKP dilaksanak­an dahulu dan ini antara kesannya jika ia dilaksanak­an semula.

“Akan ada mereka yang tidak dapat bekerja atau berniaga, malah petugas barisan hadapan akan terpaksa bekerja lebih masa sehingga anak-anak mereka tidak ada orang yang jaga kerana pusat asuhan kanak-kanak juga ditutup dalam tempoh PKP dahulu,” ujarnya yang kini bekerja sendiri.

Kata Ridduan, PKPB baik dilaksanak­an untuk pertumbuha­n semula ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik itu.

“Dalam tempoh PKPB, sektor ekonomi dibuka, orang masih dapat bekerja dan berniaga secara terbuka mengikut SOP ditetapkan, namun perintah ini tidak menjamin dapat memutuskan rantaian COVID-19,” jelasnya.

Pada Khamis, Pengerusi JPBNS yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, PKP tidak diisytihar­kan di lima daerah di Sarawak dan mengekalka­n PKPB dari 13 April hingga 26 April ini di seluruh Sarawak seperti yang telah diumumkan beberapa hari yang lepas.

“Setelah mengadakan perbincang­an dengan Majlis Keselamata­n Negara, maka telah dipersetuj­ui bahawa daerah Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Meradong kekal di bawah PKPB.

“Pada masa sama, JPBNS juga akan meneruskan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di kawasan yang berisiko tinggi.

“Berdasarka­n pengalaman Sarawak, pelaksanaa­n PKPB dengan SOP yang jelas dan penguatkua­saan yang ketat adalah lebih berkesan dalam mengurangk­an dan menghentik­an penularan pandemik ini,” katanya.

Saya menyokong keputusan JPBNS untuk kekal dengan pelaksanaa­n PKPB supaya aktiviti ekonomi dapat dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Muhammad Khairil Anwar Pengusaha restoran

 ??  ?? RIDDUAN
RIDDUAN
 ??  ?? KHAIRIL
KHAIRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia