Utusan Borneo (Sabah)

Ketua-ketua masyarakat Bintulu juga sokong PKPB SOP diperketat­kan

-

BINTULU: Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Diperketat­kan yang dikuatkuas­akan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu, rata-rata ketua-ketua masyarakat di bahagian ini memberi sokongan dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Pemanca Pengiran Merais Pengiran Ismail berkata, penduduk Bintulu perlu menjaga diri dan kesihatan sebaiknya sekali gus mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) serta JPBB Bintulu.

“Kita mengingatk­an penduduk agar terus memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan dengan pensanitas­i tangan atau sabun, menjaga jarak dari yang lain dan mengelak berada di tempat yang sesak,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, semua peringatan yang kerap dimaklumka­n itu dibuat adalah untuk mengelakka­n wujudnya kluster baharu sehingga mengakibat penularan jangkitan.

“Elakkan membuat aktiviti dan juga hadir ke majlis besar-besaran. Dengan hanya kerjasama semua masyarakat mematuhi SOP yang telah ditetapkan, maka kita berharap dapat memutuskan rantaian penularan COVID19 ini,” tambahnya.

Penghulu Drahman Sisit turut menyeru masyarakat Bintulu agar membantu dan bersama-sama kerajaan memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 dengan mematuhi semua SOP yang digariskan kerajaan.

Katanya, amalkan hidup dalam norma baharu seperti sentiasa memakai pelitup muka, menggunaka­n pensanitas­i tangan, menjaga penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan.

“Jika kita balik dari manamana tempat awam, jangan terus mendekati anak cucu serta kaum keluarga kita, sebaliknya kita mandi terlebih dahulu.

“Pada amnya kita harus sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri kita. Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga masyarakat kita. Insya-Allah, Allah akan jaga kita,” katanya.

Peringatan penting katanya, jangan mengadakan pelbagai majlis kenduri-kendara, aktiviti sosial seperti berkumpul beramai-ramai buat masa ini.

“Anggaplah orang di sekeliling kita bergejala agar kita sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan mengamalka­n penjarakan fizikal. Marilah kita sama-sama memutuskan rantaian penularan COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu, Penghulu Drahman Kawi berkata, penduduk Bintulu khususnya di Jepak perlu terus mematuhi SOP kerana sejak akhir-akhir ini kes COVID-19 di Bintulu semakin meningkat.

“Mohon untuk tidak melakukan majlis kenduri perkahwina­n memandangk­an seperti sedia maklum majlis-majlis ataupun berkumpul beramai-ramai adalah tidak dibenarkan.

“Kita berharap semua perlu mengambil iktibar dari situasi yang berlaku pada masa ini di Bintulu dan negeri ini,” katanya.

 ??  ?? PENGIRAN MERAIS
PENGIRAN MERAIS
 ??  ?? DRAHMAN SISIT
DRAHMAN SISIT
 ??  ?? DRAHMAN KAWI
DRAHMAN KAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia