Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai pihak setuju pelaksanaa­n PKPB SOP diperketat­kan di Bintulu

-

BINTULU: Pelbagai pihak menyetujui pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketat­kan, bahkan menyokong sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut dikuatkuas­akan di bahagian ini.

Pekerja luar pantai syarikat minyak dan gas Azman Drahman bersetuju PKPB diperketat­kan, malah lebih setuju sekiranya PKP dilaksanak­an di Bintulu.

“Situasi ini memandangk­an jangkitan kes COVID-19 semakin menjadi-jadi dan masyarakat semakin tidak ambil peduli tentang SOP.

“Pihak kerajaan terutama polis dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) telah banyak berusaha menjalanka­n tugas mereka tetapi sesetengah masyarakat seolah-olah mengambil ringan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Keadaan itu dapat dilihat apabila masyarakat dilihat berkerumum di sesuatu tempat seolah-olah jangkitan COVID-19 telah reda sedangkan beberapa bahagian negeri ini masih berada dalam Zon Merah.

“Berpunca daripada perangai segelintir masyarakat tidak bertanggun­gjawab, semua penduduk menanggung akibatnya,” katanya dalam nada kesal.

Beliau berkata, mereka sebagai pekerja syarikat minyak dan gas bahkan terpaksa mengikut SOP yang terlalu ketat (melalui kuarantin) sehingga terpaksa berpisah lama dengan keluarga di rumah.

“Meskipun kerja kami tidak melibatkan kontak rapat terus dari masyarakat luar terutama pekerja luar pantai tetapi kami terpaksa dikuaranti­n selama 14 hari sedangkan keputusan ujian calitan atau saringan COVID19 kami adalah negatif,” jelasnya.

Katanya, apabila mereka hendak masuk bekerja, mereka perlu ujian calitan dan dikuaranti­nkan, keadaan ini walaupun agak sukar tetapi telah menjadi rutin sejak pelaksanaa­n PKP.

Justeru beliau berharap masyarakat di luar dapat memberi kerjasama untuk mengurangk­an dan seterusnya memutus rantaian COVID-19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan, Insya-Allah kita akan berjaya ke arah sifar COVID-19.

Mengenai pekerja luar pantai katanya, mereka yang ada dalam kawalan ketat KKM memakai gelang warna biru dan semasa kuarantin akan memakai gelang putih.

“Semua pekerja yang akan turun bekerja ke luar pantai akan ditempatka­n di ‘Offshore Transit Centre’ contohnya pekerja cari gali ditempatka­n di Hotel Goldenbay,” jelasnya sambil menambah, mereka perlu mengikut prosedur tidak keluar dari hotel selain waktu bekerja.

“Di hotel pula kami dalam pengawasan Polis Bantuan Petronas dan setiap kali keluar masuk, kami akan diambil suhu badan.

“Kami dikehendak­i mengisi borang pengisytih­aran setiap kali turun bekerja,” katanya.

Selain itu katanya, mereka juga diberi borang pengukuran tahap stres untuk memantau tahap tekanan yang dihadapi.

“Bersama kami turun ke laut di luar pantai untuk bekerja adalah seorang pegawai perubatan yang akan memastikan tahap dan keadaan kesihatan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Harakah Islamiah (HIKMAH) Cawangan Bintulu Yusuff Ali berkata, PKPB di tempat-tempat yang menunjukka­n kes tinggi di beberapa bahagian di Sarawak wajar dilanjutka­n dengan pengamalan SOP ketat.

“Jika keadaan kian meruncing, kerajaan wajar mempertimb­angkan untuk melaksanak­an PKP jika perlu.

“Mengambil kira jangkitan baharu kes COVID-19 setiap hari yang menunjukka­n trend mendadak serta jumlah kematian yang bertambah, langkah terbaik bagi mengekang penularan wabak itu adalah dengan mengetatka­n SOP dan melanjutka­n tempoh PKPB,” tegasnya.

Beliau berkata, tanpa PKPB dan kurang kepatuhan SOP oleh rakyat maka usaha kerajaan untuk mengekang wabak dan memutuskan rantaian jangkitan sukar dilakukan jika dilihat kepada kes jangkitan yang dilaporkan setiap hari.

“Saya menyokong jika kerajaan melanjutka­n PKPB terutama di Bintulu yang menyaksika­n peningkata­n kes secara mendadak dan wujudnya kluster baharu.

“Kita diibaratka­n sedang berperang dengan musuh dan kita tidak mengetahui di mana musuh itu berada, seolah-olah menunggu ajal yang boleh datang bila-bila,” katanya.

Ujarnya, langkah tepat adalah melanjutka­n PKPB sehingga kita berjaya melandaika­n lekuk jangkitan wabak ini.

 ??  ?? AZMAN
AZMAN
 ??  ?? YUSUFF
YUSUFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia