Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia sasar muncul lima teratas dunia dalam industri acara perniagaan

-

berusaha untuk menjadikan industri acara perniagaan berada pada kedudukan lima teratas dunia dalam tempoh 10 tahun sebagaiman­a digariskan dalam Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021-2030.

Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB) Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata, matlamat itu mampu dicapai dengan membawa masuk acara ‘World Expo’ ke dalam negara kerana negaranega­ra ASEAN khususnya masih belum menganjurk­an sebarang pameran dari luar.

“Maka, jika kita boleh menjadi negara ASEAN pertama menganjurk­an ‘World Expo’, ia akan mewujudkan impak yang baik kepada industri acara perniagaan kita secara keseluruha­n.

Ini adalalah satu inisiatif yang kita wujudkan dalam SMP 2021-2030 itu, iaitu mendapatka­n ‘World Expo’ dianjurkan di negara kita,” kata beliau dalam sidang media selepas pelancaran Pelan

Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021-2030 di Kuala Lumpur kelmarin yang disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Dalam ucapannya, Abdul Khani berkata, MyCEB terpaksa membatalka­n 60 acara dan menangguhk­an 28 acara tahun lepas kerana pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, beliau berkata SMP 2021-2030 akan membuka laluan untuk acara perniagaan dan sukan di Malaysia yang mampu melonjakka­n industri acara perniagaan negara menjadi lebih kukuh dari sebelumnya dalam dekad mendatang.

Beliau berkata, SMP 20212030 menyasarka­n untuk menyumbang tiga peratus ketibaan pelancong dalam industri pelanconga­n, selain daripada menjana 25,833 pekerjaan menjelang 2030.

“SMP 2021-2030 merupakan isyarat komitmen sektor itu dan kerajaan untuk bekerjasam­a buat dekad mendatang dengan mengenal pasti strategi baharu dan peluang baharu untuk berkembang dan mengukuhka­n kewujudan kita dalam pasaran sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Nancy dalam ucapan perasmian berkata, pelawat acara perniagaan berbelanja tiga kali ganda daripada pelancong biasa dan mempunyai kesan pengganda yang besar dengan 40 peratus daripada mereka datang dengan pasangan dan 60 peratus daripada mereka kembali sebagai pelancong.

Bagaimanap­un, beliau berkata, ramai yang terlepas pandang bahawa sektor acara perniagaan melakukan sumbangan lebih besar menjangkau­i ringgit dan sen.

“Menurut UNTWO (Pertubuhan Pelanconga­n Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) selain daripada menjadi satu pemacu utama pembanguna­n industri pelanconga­n, sektor acara perniagaan adalah penjana utama pendapatan, pekerjaan dan pelaburan, manfaatnya menjangkau­i pelanconga­n.

Sejajar dengan aspirasi kementeria­n, SMP 2021-2030 menumpukan kepada pembanguna­n pelanconga­n yang lestari selain memfokuska­n kepada pelancong dengan pulangan-tinggi kepada negara,” katanya.

SMP 2021-2030 ialah satu acara MyCEB untuk industri acara perniagaan Malaysia dengan tiga teras utama, pengoptimu­man, berpandang­an jauh dan berdaya saing.

SMP menilai kekuatan dan kelemahan lalu dengan memproses data dalaman bagi merangka strategi masa hadapan dan pelan tindakan sambil mengamalka­n pendekatan pemasaran mampan dipacu proses penyesuaia­n pendigital­an dan inovasi berterusan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? FOKUS: Nancy menyampaik­an usapan pada majlis berkenaan.
— Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama FOKUS: Nancy menyampaik­an usapan pada majlis berkenaan.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Nancy menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Career Advance ment Centre (UKM-KARIER) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Chang Pang Kee pada pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021-2030 di Kuala Lumpur kelmarin.
PENGHARGAA­N: Nancy menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Career Advance ment Centre (UKM-KARIER) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Chang Pang Kee pada pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021-2030 di Kuala Lumpur kelmarin.
 ??  ?? PELANCARAN: Nancy menandatan­gani plak pada pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021-2030.
PELANCARAN: Nancy menandatan­gani plak pada pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021-2030.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia