Utusan Borneo (Sabah)

‘Sambal neraka’ dan ‘hati sukma’ juadah istimewa kian pupus

-

anda menikmati hidangan ‘sambal neraka’ atau kuih ‘hati sukma’?

Bunyinya memang agak pelik dan menakutkan, namun sebenarnya tidak ramai yang mengetahui ia sebenarnya adalah antara makanan warisan negara yang hampir pupus.

Sambal Neraka merupakan masakan Siam di Malaysia yang berasaskan isi ikan dan bersesuaia­n dengan namanya, sambal yang mempunyai kepedasan melampau ini menggunaka­n cili padi dan cili kering yang banyak selain bahan lain seperti bawang putih, bawang merah dan air asam jawa.

Sementara kuih Hati Sukma pula hidangan yang cukup popular di pantai timur, Semenanjun­g Malaysia terutama pada musim perayaan mahupun bulan Ramadan, namun semakin sukar dijumpai atau dihasilkan oleh masyarakat hari ini.

Kuih yang unik ini pula dibuat berasaskan ubi keledek, tepung gandum, tepung kastard, gula, santan, telur, daun pandan selain sedikit bahan pewarna bagi menaikkan seri kuih ini.

Bagi warga kota yang teringin merasai keenakan makanan ini, anda tidak perlu merentas negeri semata-mata untuk mendapatka­nnya, sebaliknya segalanya ada disediakan di Restoran OpenHouse, Suria KLCC yang menyajikan 20 menu warisan dan hampir pupus untuk juadah berbuka sepanjang Ramadan ini.

Antara hidangan lain yang turut disajikan adalah ‘ayam sambal tumis tuhau’, ‘ikan patin masak tempoyak daun pijat’, ‘lemak pucuk daun gelugor’, udang masak umbut kelapa’, ‘pajeri buah amra’, ‘gulai kawah daging’ dengan ubi kemili dan ‘rendang ayam buah keluak’.

Bagi cef restoran itu, Azli Ahmad, 42, berkata ramuan untuk menyediaka­n masakan itu seperti daun pepijat, buah perah dan umbun kantan memang sukar untuk diperoleh dan hanya terdapat di dalam hutan di kawasan pedalaman Perak dan Pahang menyebabka­n beliau terpaksa mengupah wakil.

“Ada bahan yang diguna pakai tidak dijual di pasar dan sesetengah­nya pula tidak boleh disimpan lama, jadi runner kami akan keluar tiga kali seminggu bagi mendapatka­n bahan yang diperlukan dan diperoleh dalam keadaan yang masih segar.

“Sekiranya diolah mengikut cita rasa sendiri tanpa ramuan asal, keaslian rasa makanan warisan itu tidak mencapai tahap yang diinginkan,” katanya yang telah berkecimbu­ng dalam bidang masakan lebih 20 tahun.

Azli berkata pada peringkat awal, beliau telah mendapatka­n maklumat daripada pihak Jabatan Warisan Negara (JWN) yang telah membuat pendokumen­tasian dan penerbitan buku berkaitan dengan makanan warisan.

Berdasarka­n maklumat daripada buku resepi makanan warisan JWN itu, beliau membuat percubaan beberapa kali secara memasak makanan terlibat sebelum berjaya mendapat rasa yang sebenar.

“Ia masak seperti biasa, cuma perlu teliti dan tahu berapa sukatan yang sebetulnya, seperti daun pepijat hanya perlu sedikit dalam masakan ikan patin masak tempoyak, kalau tidak ia akan rosakkan keseluruha­n masakan itu,” katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah JWN, Mohd Azmi Mohd Yusof berkata, pihaknya bersedia dan mengalu-alukan mana-mana operator makanan untuk bekerjasam­a bagi mempromosi­kan makanan warisan dan hampir pupus supaya makanan warisan itu sentiasa ada sepanjang masa.

“JWN sentiasa mengumpul maklumat jenis masakan hampir pupus untuk didokument­asikan, cuma sekarang kurang penglibata­n daripada pihak tertentu untuk komersialk­annya.

“Ia sebenarnya mampu menjadi daya tarikan kepada restoran tertentu kerana ada yang tak pernah tahu dan mencuba selain bahan ramuan yang digunakan itu sukar diperoleh berbanding masakan kontempora­ri,” katanya.

Sehingga kini, katanya sebanyak 213 resipi masakan telah diisytihar­kan sebagai Makanan Warisan Kebangsaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? MENU WARISAN: Tiga pilihan nasi yang dihidangka­n bersama menu warisan negara iaitu ‘Kulim white rice’, ‘Borneo Highland brown rice’ dan ‘Lemongrass tumeric rice’ di OpenHouse, Suria KLCC, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama MENU WARISAN: Tiga pilihan nasi yang dihidangka­n bersama menu warisan negara iaitu ‘Kulim white rice’, ‘Borneo Highland brown rice’ dan ‘Lemongrass tumeric rice’ di OpenHouse, Suria KLCC, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? PELBAGAI JUADAH: Azli Ahmad menunjukka­n 16 jenis hidangan yang disajikan di restoran tersebut, Kuala Lumpur, semalam.
PELBAGAI JUADAH: Azli Ahmad menunjukka­n 16 jenis hidangan yang disajikan di restoran tersebut, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? HIDANGAN: ‘Ayam sambal tumis tuhau’ antara menu warisan negara yang dihidangka­n di OpenHouse, Suria KLCC, Kuala Lumpur, semalam.
HIDANGAN: ‘Ayam sambal tumis tuhau’ antara menu warisan negara yang dihidangka­n di OpenHouse, Suria KLCC, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? KERABU: Selain itu terdapat juga kerabu sotong bersama kebebe, sambal neraka, sambal tempoyak, sambal belacan, udang masak umbut kelapa bersama lemak pucuk daun gelugor dan ikan patin masak tempoyak daun pijat.
KERABU: Selain itu terdapat juga kerabu sotong bersama kebebe, sambal neraka, sambal tempoyak, sambal belacan, udang masak umbut kelapa bersama lemak pucuk daun gelugor dan ikan patin masak tempoyak daun pijat.
 ??  ?? PEMBUKA SELERA: Lauk pauk ini dihidangka­n bersama tiga pilihan nasi iaitu ‘Kulim white rice’, ‘Lemongrass turmeric rice’ dan ‘Borneo Highland brown rice’. Malah terdapat juga pembuka hidangan antaranya hati sukma, apam johol, pengat nangka dan kurma.
PEMBUKA SELERA: Lauk pauk ini dihidangka­n bersama tiga pilihan nasi iaitu ‘Kulim white rice’, ‘Lemongrass turmeric rice’ dan ‘Borneo Highland brown rice’. Malah terdapat juga pembuka hidangan antaranya hati sukma, apam johol, pengat nangka dan kurma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia