Utusan Borneo (Sabah)

Vaksin sedia ada masih berkesan: Dr Adham

KKM tunggu laporan WHO, CDC berhubung kesan vaksin terhadap varian UK B.1.1.7 dan South African B.1.351

-

KUALA LUMPUR: Vaksin COVID-19 yang digunakan sekarang mampu melindungi penerimany­a daripada varian UK B.1.1.7 dan South African B.1.351, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham berkata, bagaimanap­un pihaknya masih menunggu laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) berhubung kesan vaksin terhadap dua varian berkenaan.

“Kita lihat vaksin yang diguna setakat ini masih mampu mengatasi dan memberi perlindung­an kepada penerimany­a dan kita juga masih menunggu laporan daripada WHO dan CDC terhadap kesan-kesan atau varian ini boleh menyebabka­n vaksin ini tidak efektif,” katanya dalam sidang media selepas majlis tandatanga­n Memorandum Persefaham­an antara Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pfizer Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada vaksin yang digunakan sekarang berkesan terhadap dua varian COVID-19 berkenaan.

Setakat kelmarin terdapat lima kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 manakala 17 kes melibatkan varian South African B.1.351 telah dikesan.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata kuarantin 10 hari yang diwajibkan bagi pengembara yang tiba ke negara ini masih mampu mengesan kes positif daripada dua varian berkenaan.

Ini kerana jelas beliau, tiga hari sebelum pengembara berkenaan berlepas ke negara ini mereka perlu menjalani ujian swab COVID-19 dan keputusan berkenaan perlu disahkan oleh pihak berkuasa.

“Setakat ini masih dapat mengesan kes positif iaitu gejala hanya timbul pada hari ke 10,” katanya.

Diminta mengulas mengenai permintaan Kerajaan Sarawak untuk membekalka­n negeri berkenaan dengan vaksin COVID-19 dos tunggal CanSino buatan China, Dr Adham berkata kementeria­nnya bersedia bekerjasam­a bagi tujuan berkenaan.

Tambah Dr Adham, vaksin berdos tunggal berkenaan sesuai digunakan terhadap penduduk yang tinggal di pedalaman yang sukar untuk hadir ke temu janji kedua bagi suntikan vaksin.

Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata, Kerajaan Sarawak telah membuat permohonan agar kirakira 800,000 dos vaksin CanSino dibekalkan kepada negeri berkenaan bagi kegunaan penduduk di pedalaman Sarawak semasa pertemuann­ya dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. — Bernama

Kita lihat vaksin yang diguna setakat ini masih mampu mengatasi dan memberi perlindung­an kepada penerimany­a dan kita juga masih menunggu laporan daripada WHO dan CDC terhadap kesan-kesan atau varian ini boleh menyebabka­n vaksin ini tidak efektif. Datuk Seri Dr Adham Baba Menteri Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia